online

Tuesday, August 16, 2011

Port Dickson International Triathlon 2011


Olympic Distance Triathlon
24 July 2011 (Sun), 7.30am
 1.5km Swim, 40km Bike, 10km Run

Kelab Sukan Lasak UPNM sekali lagi telah menunjukan belang pada siri kejohanan triatlon 2011. Kejohanan ini merupakan kejohanan kali ke-4 bagi tahun 2011. Pada kejohanan kali ini, ahli kelab mengalami pelbagai cabaran dan kesukaran apabila kejohanan triatlon ini berada di dalam "Latihan Ketenteraan". Latihan Ketenteraan yang bermula sejak bulan Jun ini sedikit sebanyak menjadi halangan bagi ahli kelab untuk menumpukan perhatian bagi latihan untuk menghadapi Kejohanan triatlon ini.

Sebelum kejohanan berlangsung, ramai diantara ahli kelab yang tercedera dan ada juga diantara mereka yang telah menarik diri. Namun perkara ini tidak mematahkan semangat para peserta kelab yang lain. Kelab Sukan Lasak telah menghantar seramai 27 orang peserta. 15 orang bagi kategori individu, 3 team relay , 3 pembantu.

Semua ahli kelab telah memberikan saingan sengit terhadap atlit-atlit lain. Walaupun ada diantara peserta yang tercedera, namun sebagai angkatan tentera Malaysia yang tidah mudah kalah, mereka bersaing "sehingga ke titisan darah terakhir".

Team relay telah berjaya menaiki pentas apabila dinobatkan sebagai Naib-Johan kategori men relay dan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM1000 dan Plate kejohanan.


Kejayaan ini dilihat sebagai suatu perkara yang boleh dibanggakan kerana kita bukan sahaja bersaing dengan peserta dari Malaysia, malah peserta dari lebih 20 buah negara yang lain.