online

Friday, June 22, 2012

3rd Leg of MUDS 2012 – UPNM



Sehari sebelum race, seperti biasa ada race clinic. Semua atlet UPNM menghadirkan diri ke clinic untuk “dirawat”. Minggu tersebut UPNM sebagai tuan rumah untuk sesi terakhir MUDS 2012. Untuk berlumba di tanah sendiri, para atlet UPNM bertanding dengan lebih yakin.

Siri pertama dan siri kedua Malakoff University Duathlon Series (MUDS) telah pun tamat, siri terakhir MUDS pun telah berakhir dengan sempurnanya di UPNM pada 26 Mei 2012, macam mana dengan keputusan? Adakah UPNM teruskan kebanggaan seperti tahun lepas untk memenagi 4 trofi? Atlet-atlet Kelab Sukan Lasak (KSL) UPNM telah bersedia dengan begitu sengatnya untuk berlumba di tanah sendiri. MUDS merupakan satu aktiviti yang menjadi perhatian dan tumpuan para atlet kelab. Aktiviti ini memerlukan stamina yang kuat dan latihan yang secukupnya.


26 Mei 2012, cuaca mendung, 80 orang dari KSL UPNM telah berkumpul dan memulakan “perang terakhir” dalam aktiviti ini, minggu penentuan bagi UPNM untuk mendapatkan keempat-empat trofi untuk MUDS. Antaranya, UPNM hantar 47 orang menyertai kategori Men University, 3 orang menyertai kategori Women University, 5 pasukan Men Relay dan 5 pasukan Mixed Relay. Di UPNM, peserta diperlukan berlari 3km – berbasikal 13.8km – berlari 3km untuk menghabiskan race. Trek larian UPNM adalah trek larian yang agak mencabar bagi semua orang, kerana dengan bukit MTD yang cerun dan kena berari bawah matahari yang panas, manakala trek basikal UPNM merupakan trek berbasikal yang paling panjang.


Sebelum ke kemuncak event ini, UPNM sebagai tuan rumah sediakan 2 persembahan yang sangat menarik bagi VIP, antaranya ialah “ War Dance” yang telah tercatat dalam “Malaysia Books Of Record” dipersembahkan oleh kadet battalion Jebat dan ??? dari 1kumpulan dancer yang cantik. Akhirnya sampai ke kemuncak event ini, penyampaian hadiah. “new star” – Lim Shimri teruskan kemenangan siri satu dan siri kedua, muncul sebagai juara dalam kategori Men University. Dengan bangganya, , top 5 terdiri daripada ahli KSL UPNM, dan dalam kategori ini, manakala bagi kategori Women University, Teh Yong Le mendapat tempat no.2 dengan masa 1:04:03. Seterusnya, UPNM sapu bersih top 5 dalam kategori Mixed Relay. Manakala dapat no.2,3,4 dalam Men relay.

 ~ Gambar podium top 5 ~
No.1: Lim Shimri mencatat masa 0:45:59;
No.2: Muhammad Tarmizizulfika Ismail mencatat masa 0:48:16;
No.3: Mohd Aiman Mohd Halim mencatat masa 0:48:38;
No.4: Chan Jun Shen 0:48:43;
No.5: Muhd Faiq Hashim dengan masa 0:50:30.

Tibanya masa untuk penyanmpaian trofi, Lim Shimri telah mengungguli MUDS 2012 dan dianugerahkan dengan trofi “Man Duathlete of The Year 2012” dan wang tunai RM500. Dengan gempaknya, UPNM juga dianugerahkan dengan trofi “Best University Award” dan “Top University Award”. Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang menyumbang kepada UPNM, keputusan amat memuaskan. Akhirnya, ribuan terima kasih diucapkan kepada semua peserta atas kerjasama semua. Jumpa lagi di MUDS tahun depan.

~ Women University ~

 ~ Men Relay ~

 ~ Mixed Relay ~


 ~ berita UPNM dalm suratkhabar ~

Untuk mendapatkan lebih benyak info, boleh melayari laman web [ MUDS 2012 ].
Untuk melihat lebh banyak gambar, boleh melayari
Untuk berhubung dengan Kelab Sukan Lasak UPNM, boleh cari melalui [ FB KSL UPNM ].

2nd Leg of MUDS 2012 – UPM



Siri pertama Malakoff University Duathlon Series (MUDS) telah pun tamat, siri kedua MUDS pun telah berakhir di UPM pada 19 Mei 2012, macam mana dengan keputusan? Adakah UPNM teruskan kebanggaan seperti dalam siri pertama? Atlet-atlet Kelab Sukan Lasak (KSL) UPNM telah menunjukkan bakat masing-masing. MUDS merupakan satu aktiviti yang melingkungi 2 disiplin sukan iaitu berlari dan berbasikal, dengar senang tetapi agak susah dilakukan, aktiviti ini memerlukan stamina yang kuat dan latihan yang secukupnya. Atlet-atlet kelab selalu menghadirkan diri pada waktu petang untuk menjalankan latihan.Selain itu,

19 Mei 2012, cuaca mendung, 80 orang dari KSL UPNM telah mengembara ke UPM untuk Memulakan “perang” dalam aktiviti ini. Antaranya, UPNM hantar 47 orang menyertai kategori Men University, 3 orang menyertai kategori Women University, 5 pasukan Men Relay dan 5 pasukan Mixed Relay. Di UPM, peserta diperlukan berlari 3km – berbasikal 13.8km – berlari 3km untuk menghabiskan race. Trek larian UPM merupakan trek larian yang rata dan agak senang, manakala trek basikal juga lebih senang berbanding dengan Bukit Cinta di UM. Atas trek basikal yang rata, kuda-kuda tua dari UPNM cuba kayuh dalam satu kumpulan yang besar dan mengiringi di barisan hadapan race, ini menunjukkan strategi untuk menaikkan mental untuk sampai ke garisan penamat.

 ~ Semangat Ladies yang menyertai MUDS ~

Kami bertolak dari kampus pada pukul 0700H, semangat sukan para atlet yang tinggi telah menjadi inspirasi untuk berjuang pada waktu pagi, hidup UPNM!!! Dengan 4 biji 3tan dan 1 biji bas untuk muatkan semua peserta dan basika. Sesampainya di sana, para atlet memanaskan badan dan sesuaikan diri di tempat tersebut supaya dalam keadaan terbaik semasa berlari. 0900H, FLAG-OFF untuk semua kategori. Ramai jurugambar sepanjang jalan larian untuk menangkap gambar peserta yang paling “stylo” untuk buat kenangan. Jasa para jurugambar selalu dihargai.

 ~ Gambar podium top 5 ~
No.1: Lim Shimri mencatat masa 0:41:05;
No.2: Muhammad Tarmizizulfika Ismail mencatat masa 0:42:36;
No.3: Chan Jun Shen: 0:42:43;
No.4: Mohd Aiman Mohd Halim mencatat masa 0:42:54 .

Dengan bangganya, dalam kategori Men University, top 4 terdiri daripada ahli KSL UPNM, dan “new star” – Lim Shimri teruskan kemenangan siri satu dan muncul sebagai juara dalam kategori ini, manakala bagi kategori Women University, Teh Yong Le mendapat tempat no.2 dengan masa 0:56:52, Suria Sharuddin dengan masa 1:02:53 mendapat no.4 dan Norkhalilah Abu Khalil mendapat no.5 dengan mencatat masa 1:03:56. Seterusnya, dengan gempaknya, UPNM sapu bersih top 3 dalam kategori Men Relay dan Mixed Relay. Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang menyumbang kepada UPNM, keputusan amat memuaskan. Akhirnya, ribuan terima kasih diucapkan kepada semua peserta atas kerjasama semua.

 ~ Women University ~

 ~ Men Relay ~

~ berita UPNM dalm suratkhabar Metro ~

Untuk mendapatkan lebih benyak info, boleh melayari laman web [ MUDS 2012 ].
Untuk melihat lebh banyak gambar, boleh melayari
Untuk berhubung dengan Kelab Sukan Lasak UPNM, boleh cari melalui [ FB KSL UPNM ].

Wednesday, June 13, 2012

1st Leg of MUDS 2012 – UM

~ UPNM kotingen bersama penasihat kelab dan jurulatih kelab ~

Malakoff University Duathlon Series (MUDS) merupakan satu arena bagi peluang atlet-atlet baru Kelab Sukan Lasak (KSL) UPNM untuk menunjukkan bakat masing-masing. MUDS merupakan satu aktiviti yang melingkungi 2 disiplin sukan iaitu berlari dan berbasikal, dengar senang tetapi agak susah dilakukan, aktiviti ini memerlukan stamina yang kuat dan latihan yang secukupnya. Selain itu, MUDS juga suatu aktiviti yang melibatkan semua peserta dalam 3 siri, iaitu pada 12 Mei 2012 di UM, 19 Mei 2012 di UPM dan 26 Mei 2012 di UPNM.

12 Mei 2012, cuaca mendung, 80 orang dari KSL UPNM telah mengembara ke UM untuk “meletupkan” suasana meriah aktiviti ini. Antaranya, UPNM hantar 50 orang menyertai kategori Men University, 3 orang menyertai kategori Women University, 4 pasukan Men Relay dan 5 pasukan Mixed Relay. Di UM, peserta diperlukan berlari 3.5km – berbasikal 11.8km – berlari 3.5km untuk menghabiskan race. Kecerunan “Bukit Cinta” di UM paling mencabar bagi semua cyclist, tetapi peserta UPNM dengan semangat kesukanan, mampu melakukannya.

Kami bertolak dari kampus pada pukul 0700H, semangat sukan para atlet yang tinggi telah menjadi inspirasi untuk berjuang pada waktu pagi, hidup UPNM!!! Dengan 4 biji 3tan dan 1 biji bas untuk muatkan semua peserta dan basikal, akhirnya pun sampai di UM. Sesampainya di sana, para atlet memanaskan badan dan sesuaikan diri di tempat tersebut supaya dalam keadaan terbaik semasa berlari. 0900H, FLAG-OFF untuk semua kategori. Ramai jurugambar sepanjang jalan larian untuk menangkap gambar peserta yang paling “stylo” untuk buat kenangan. Jasa para jurugambar selalu dihargai.

 ~ Gambar podium top 5 ~
No.1: Lim Shimri mencatat masa 0:48:40;
No.2: Muhammad Tarmizizulfika Ismail mencatat masa 0:49:38;
No.3: Mohd Aiman Mohd Halim mencatat masa 0:51:46;
No.4: Chan Jun Shen: 0:52:01.

Dengan bangganya, dalam kategori Men University, top 4 terdiri daripada ahli KSL UPNM, dan munculnya “new star” – Lim Shimri muncul sebagai juara dalam kategori ini, manakala bagi kategori Women University, Teh Yong Le mendapat tempat no.2 dengan masa 1:11:59, Norkhalilah Abu Khalil mendapat no.4 dengan mencatat masa 1:21:23. Seterusnya, dengan gempaknya, UPNM sapu bersih top 3 dalam kategori Men Relay dan Mixed Relay. Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang menyumbang kepada UPNM, keputusan amat memuaskan. Akhirnya, ribuan terima kasih diucapkan kepada semua peserta atas kerjasama semua.

~ Women University ~

~ Men Relay ~

~ Mixed Relay ~

~ Pada 17 Mei 2012, berita UPNM dalm suratkhabar THE STAR ~

Untuk mendapatkan lebih benyak info, boleh melayari laman web [ MUDS 2012 ].
Untuk melihat lebh banyak gambar, boleh melayari
Untuk berhubung dengan Kelab Sukan Lasak UPNM, boleh cari melalui [ FB KSL UPNM ].