online

Sunday, November 20, 2011

Liputan Malaysian University Duathlon Series(MUDS) 2011

UM, 15 Okt - Kekecewaan pada siri pertama kejohanan di tempat sendiri bukanlah penghalang bagi atlet-atlet Kelab Sukan Lasak Universiti Pertahanan Nasional Malaysia(UPNM) untuk mengekalkan kejuaraan dalam kejohanan Malakoff Malaysia University Duathlon Series (MUDS) edisi 2011. Dengan berpegang teguh pada moto “NO PAIN, NO GAIN “, para atlet Kelab Sukan Lasak UPNM berjaya mengekalkan dominasi dalam setiap kategori yang dipertandingkan pada kejohanan MUDS edisi kali ini, sekaligus menafikan cabaran daripada universiti lain yang mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut dan membawa pulang kesemua trofi yang dipertandingkan iaitu Best University Awards ,Top University Awards, Men Duathlete of The Year dan Women Duathlete of The Year.

Bagi atlet-atlet sukan lasak IPT tempatan, kejohanan yang melibatkan dua disiplin ini iaitu belari sejauh 3.5km, berbasikal sejauh 11.4km, dan diakhiri dengan larian sejauh 3.4km merupakan medan untuk mereka beradu tenaga dan bersaing antara satu sama lain. Kejohanan Malakoff Malaysia University Duathlon Series (MUDS) pada edisi kali ini membawa cabaran kejohanan ini dengan mengekalkan UPNM sebagai tuan rumah siri pertama, Universiti Putra Malaysia(UPM) selaku tuan rumah siri kedua dan Universiti Malaya dipilih sebagai venue siri akhir kejohanan.

Mata kemenangan bagi ketiga-tiga siri tersebut akan dikumpul dan pada siri terakhir, universiti dengan jumlah mata terkumpul yang tertinggi akan dinobatkan dengan Best University Awards manakala trofi Top University Awards dianugerahkan kepada universiti dengan jumlah penyertaan yang teramai. Bagi anugerah individu pula, Men Duathlete of The Year dianugerahkan kepada atlet kategori Lelaki Universiti dengan mata terkumpul yang tertinggi manakala Woman Duathlete of The Year dipertaruhkan kepada atlet terbaik bagi kategori wanita universiti. Acara individu yang dipertandingkan antaranya ialah kategori lelaki universiti, wanita universiti, lelaki terbuka dan wanita terbuka. Manakala acara berpasukan yang dipertandingkan ialah relay Lelaki dan juga relay campuran.

Kejohanan edisi pertama telah dilangsungkan di UPNM sendiri dengan kerjasama Unit Sukan Bahagian HEPA yang dilangsungkan pada 24 September 2011. Atlet dari Universiti Teknologi Malaysia(UTM) mengejutkan atlet tuan rumah apabila merampas tempat teratas podium bagi acara lelaki universiti dengan Ong Wei Xiang membolot tempat pertama diikuti rakan sepasukan Gan Shih Chau di tempat ke-2, atlet UPNM – Pegawai Kadet Chan Jun Shen meraih tempat ke-3 diikuti dua lagi rakan sepasukan, Pegawai Kadet Muhd Amirul Hafiz Aman tempat ke-4 dan Muhammad Tarmizi Zulfika Ismail di tempat ke-5.

Bagi kategori wanita universiti,UPNM mendominasi tempat pertama hingga ke-4 dengan Pegawai Kadet Nurasyikin Masri muncul sebagai johan diikuti oleh Noor Fitrah Md sebagai naib juara, Zurul Afinaz Zamani di tempat ke-3 dan Nor Asmidar Zukipli ke-4. Manakala bagi kategori relay, UPNM membawa pulang kesemua pingat yang dipertandingkan apabila berjaya memenangi tempat pertama, ke-2 dan ke-3 bagi kedua-dua acara relay lelaki dan campuran. Acara penyampaian hadiah telah disempurnakan sendiri oleh Yang Berbahagia Naib Canselor, Lt Jen Dato’ Wira Al-Latif bin Mohd Noor.

Siri kedua kejohanan pula telah berlangsung di UPM, Serdang pada 1 Oktober 2011. UPNM melakar kejayaan gemilang apabila mendominasi tempat di podium bagi acara-acara yang dipertandingkan. Bagi acara lelaki university, Chan Jun Shen kali ini tampil merampas tempat teratas podium dari pencabar terdekat, Ong Wei Xiang dari UTM. Kejayaan beliau turut diiringi Muhamad Amirul Hafiz di tempat ke-3, Suhaime Shukor ke-4 dan juga atlet pelapis Tarmizuka Zulfika ke-5.

Bagi kategori wanita universiti pula, peserta masih tidak berganjak dari kedudukan siri pertama dengan Nurasyikin Masri muncul sebagai johan diikuti oleh Zurul Afinaz Zamani di tempat ke-3, dan Noor Fitrah Md Saad di tempat ke-4. Bagi kategori relay pula, UPNM mengekalkan rentak cemerlang apabila kekal mendominasi kedua-dua acara relay lelaki dan campuran. Kemenangan berganda ini menjadikan pasukan UPNM meninggalkan pencabar terdekat dari kutipan mata iaitu UIAM jauh ke belakang.

Siri terakhir menjadi medan untuk menentukan siapakan yang bakal bergelar Men Duathlete of The Year & Woman Duathlete of The Year. Venue pertandingan di sekitar kampus Universiti Malaya tampak amat mencabar kepada para peserta khusunya bagi trek berbasikal yang menyajikan bukit yang terkenal sebagai ‘bukit cinta‘ sebagai taruhan mereka. Berbekalkan pengalaman dari dua siri sebelumnya, pasukan UPNM telah mengatur strategi dengan misi untuk membawa pulang kesemua trofi yang dipertandingkan.

Setelah saingan sengit berdurasi selama hampir 48 minit 52 saat, Muhd Amirul Hafiz terlebih dahulu tiba di garisan penamat diikuti rapat oleh Chan Jun Shen dan Tarmizi Zulfika. Ong Wei Xiang dari UTM terpaksa sekadar berpuas hati di tangga ke -4 diikuti oleh Suhaime Shukor dari UPNM. Bagi kategori wanita pula, Ashikin Masri tampil sebagai naib juara, diikuti oleh Noor Fitrah Md Saad ke-4 dan Zurul Afinaz Zamani menamatkan saingan di tempat ke-5.

Pasukan-pasukan relay UPNM pula masih tidak menafikan penguasaan mereka dalam acara relay yang dipertandingkan apabila sekali lagi mendominasi acara relay lelaki dengan pasukan UPNM1 yang dibarisi Abdul Mustaqim Abd Hadi, Ahmad Shafiq Shukor dan Mohd Amir memenangi tempat pertama, diikuti UPNM2 tampil naib johan dan UPNM di tempat ke-3. Bagi kategori relay campuran, pasukan UPNM Mixed 2 yang dianggotai – Teh Yong Le, Mohamad Hudha, dan Muhammad Faiq Zakwan diikuti naib juara, UPNM Mixed 1 dan ke-3, UPNM Mixed 2. Cubaan pertama menyertai kategori lelaki terbuka membawa tuah buat Mohd Aiman Bin Mohd Halim apabila muncul juara bagi kategori berkenaan sekali gus melebarkan penguasaan UPNM.

Seperti yang dijangkakan, gelaran Men Duathlete of the Year berjaya dipertahankan pegawai kadet Chan Jun Shen, mahasiswa tahun 4 Kejuruteraan Mekanikal yang juga merupakan atlet termuda yang berjaya menamatkan cabaran Ironman Langkawi sebanyak 3 kali. Manakala gelaran Women Duathlete of the Year dibawa pulang oleh Nur Ashikin Masri, mahasiswi tahun 1 Pengurusan Sumber Pertahanan. Kegemilangan UPNM berterusan apabila dinobatkan sebagai johan keseluruhan dengan membawa pulang trofi Best University dan insentif sebanyak RM 3000 dan juga sebagai universiti dengan penyertaan teramai dan membawa pulang trofi Top University dan juga insentif RM3000.

Chan Jun Shen apabila ditanya mengenai resepi kejayaan pasukan mengatakan, “ Strategi dan kerjasama pasukan, selain latihan yang konsisten menjadi kunci kejayaan kami. Setiap kali berada di garisan permulaan, saya tidak pernah turun dengan keyakinan yang tinggi. Saya hanya berazam untuk melakukan yang terbaik. “ Tambah beliau lagi, kejayaan kali ini cukup bermakna apabila UPNM berjaya membawa pulang kesemua trofi yang dipertandingkan sekali gus mencapai target mereka tahun ini.

Atlet Kelab Sukan Lasak UPNM juga melahirkan rasa terima kasih dan penghargaan mereka kepada Pusat Sukan UPNM, Akademi Latihan Ketenteraan(ALK) , dan juga pensyarah-pensyarah di atas sokongan padu dan galakan selama ini. Semoga semangat kesukanan akan terus mekar dalam diri setiap mahaiswa UPNM seterusnya melahirkan semangat juang yang tinggi untuk terus bersaing di persada dunia.

Wednesday, October 26, 2011

Kayuhan Grand Prix litar Terulung UPNM

Tarikh : 26/10/2011

Masa :0700-0800H

Kelajuan : 35km/h



Top Finisher Closed UPNM Criterium

Promosi Kelab Sukan Lasak 2011

Julung-julung kalinya, Kelab Sukan Lasak telah membuat promosi secara terbuka kepada siswa dan siswazah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia untuk pengambilan ahli baru sebagai ahli kelab tahun 2010/2011.
Program ini telah diketuai oleh Mohamad Suhaime Shukor dan dibantu oleh Pgkt Raji dan Pkdt Adam dalam menjayakan program ini. Turut membantu termasukahli Kelab intake 2010 untuk mempromosikan kelab Sukan Lasak UPNM.
Tujuan promosi diadakan adalah untuk menari pengambilan ahli baru intake 2011 dan menarik minta pelajar awam akan aktiviti Kelab Sukan LAsak UPNM. Sambutan amat mengalakkan daripada pelajar intake 2011 terutamanya pegawai kadet. Selain itu, program ini turut mempromosikan pertandingan MUDS 2011( Malakoff Universiti Duathlon Series 2011) kepada pelajar univeriti yang mana UPNM akan menjadi Tuan Rumah dalam pertandingan ini untuk siri pertama 2011.
Sambutan yang amat memberangsanagkan sehingga mencecah 50lebih pelajar yang mahu menyertai Kelab Sukan Lasak UPNM. Sehubungan dengan itu, Kelab terpaksa membuat pemilihan terlebih dahulu kerana kuata terlalu banyak sehingga tidak terkawal pada masa akan datang.
Sesiapa yang mahu menyertai Kelab Sukan Lasak, ahli bukan saja akan menjadiatlet, malahan akan di didik menjadi pengurus dlama menguruskan acara yyang disertai serta menguruskan kelab. Kelab Sukan Lasak UPNM adalah kelab yang paling aktif dan telah banyak menyumbang nama baik universiti di peringkat universiti malahan di persada antarabangsa .
Antara ganbar kenangan pada hari kejadian :


Suasana sibuk melayan pelajar menanyakan pelbagai soalan


Lim Shimri turut membantu..

Adam bersama barang2 pameran

Asmidar & Asilah sedang diberi penerangan oelh Wan Nur Hidayat


Peralatan yang dipamerkan


Mus dan Adam di booth Pameran Barang2..

Basikal yang dipamerkan...


Flayer yang disiarkan...

Kayuhan Putrajaya

Acara: Kayuhan PUTRAJAYA
Tempat: Dari Kem Perdana Sg Besi ke Sekitar Putrajaya
Tarikh : 8.10.2011
Anggota :12 ahli kelab + 1 jurulatih (Staf Jasmi)
Jurugambar : Pkdt Zurul + Pkdt Syaika

Kayuhan bermula pada jam 0800H, bermula di depan Bilik Gerakan diiringi sebuah kereta saga hitam yang dipandu oleh jurulatih. Kayuhan telah diketuai oleh Pkdt Chan Jun Shen.

Antara gambar kenangan semasa kayuhan ke Putrajaya:


Doa sebelum memulakan kayuhan

Bergambar setelah tamat kayuhan



Gambar semasa di sekitar Putrajaya








Jurulatih baru telah sampai..

Jurulatih Kelab Sukan Lasak..
Permintaan dan perancangan tahun 2010 kali ini hampir mencapai kejayaan yang menyeluruh dengan kehadiran jurulatih yang ditunggu-tunggu. Sebelum ini, latihan program hanya dirancang oleh ahli kelab sendiri dengan pengalaman dan pencarian ilmu dari internet.
Dengan bantuan Pegawai Memerintah UPNM (2010-2011), Lt. Kol Kamal Idriis dan Penasihat Kelab, Lt Kol Ananthan (Bersara), Sjn Jasmi Sarael telah diluluskan menjadi jurulatih rasmi Kelab Sukan Lasak bermula pada bulan Mei 2010 sehingga kini.
Sjn Jasmi Sarael merupakan atlet ATM yang telah banyak mengharumkan nama ATM di persada antarabangsa dalam sukan triathlon dan sukan lasak. Jasmi Bin Sarael telah menyertai banyak pertandingan peringkat antarabangsa dan nama serta gambarnya sering tertera di dada akhbar tempatan.

Sjn Jasmi merupakan anak jati Sabah, sudah mendirikan rumah tangga dan mempunyai 3orang cahaya mata. Sebelum menjadi jurulatih UPNM, beliau merupakan jurulatih sukan di 11 KAD, Port Dickson.








Kereta Kesayangan beliau


Moga dengan kehadiran beliau sebagai jurulatih, Kelab Sukan Lasak akan terus meningkat serta latihan program lebih sisttematik dan berkesan. Harapan kami amat tinggi kepada Jurulatih baru ini supaya satu hari nanti, UPNM akan digeruni dengan Kelab Sukan Lasak yang semakin hari semakin berkembang. Justeru itu, ahli Kelab akan berlatih besungguh-sungguh dan mematuhi segala peraturan dan meningkatkkan displin diri supaya ahli Kelab akan lebih berkembang menjadi atlet yang disegani pada satu hari nanti.

Bendera Kelab Sukan Lasak

Pada bulan Julai 2011, perancangan telah dibuat oleh ahli kelab intake 2009 untuk membuat Bendera Rasmi Kelab dengan moto "No Pain No Gain"...  Perancagan telah dibuat dan lakaran kasar telah dibentuk oleh Wan Nur Hidayat dan dibantu oleh Mohamad Suhaime Shukor.

Pengurus daripada Syarikat Membuat Pakain Sukan dari Kajang, Ujang telah memrealisasikan impian kami dengan hanya bayaran RM175 dalam menyiapkan sehelai bendera ukuran standard bendera bersaiz besar.

Antara gambar Bendera Kelab Sukan Lasak yang dibangga-banggakan :





Dengan ini, Kelab telah mempunyai 2 helai bendera iaitu Bendera UPNM dan Bendera Kelab. Bendera akan dikibarkan semasa penyampaian hadiah , semasa melepasi garisan penamat dan semasa pengambaran. Untu peringatan ahli Kelab baru, sila jaga sebaik mungkin bendera Kelab kerana ianya merupakan lambang kebanggan kelab kita. Harap maklum. Sekian...

Pakaian Rasmi Kelab Sukan Lasak UPNM

Kelab Sukan Lasak mempunyai pakaian rasminya yang tersendiri dan mudah dikenali.
Pergi mana-mana game sekali pon, dengan pakaian ini, semua orangg akan kenal....
Antara pakain yang rasmi kami :

Baju Basikal UPNM

Depan

Belakang

Jersi Tri Top UPNM

 Depan

Belakang


Time Trial UPNM

Depan


Belakang


Baju Tshirt Rasmi UPNM

Depan

Belakang

Insyallah, jika ade rezeki, kemungkinan kelab sukan lasak akan membuat sehelai pakaian larian (running vest) dalam masa terdekat ini. Caadangan dan sokongan dari ahli kelab akan memberi kejayaan dalam setiap perancagan..Sokongan daripihak atasan dalam menyumbang dana dan sokongan amat diperlukan juga.. Sekian....

Tuesday, October 25, 2011

KEJOHANAN MALAKOFF UNIVERSITY DUATHLON SERIES 2011

UPNM telah sekali lagi menyertai kejohanan……. 
Siri pertama di UPNM (24 Sep 11), 
Siri Kedua di UPM (1 Okt 11) dan
Siri Ketiga di UM (15 Okt 11). 
Seperti tahun lepas, Kelab Sukan Lasak UPNM telah menghantar kontinjen yang paling ramai iaitu serama 76 peserta. Dengan sokongan padu YBhg Naib Canselor, TNC HEPA, Pejabat Sukan dan pihak ALK, ahli kelab telah menjalani latihan sejak awal bulan September bagi mempertahankan kejuaraan tahun 2010. Dengan berkat usaha semua ahli kelab di bawah tunjuk ajar Sjn Jasmi bin Sarael (Ironman ATM), Kelab Sukan Lasak sekali lagi mengharumkan nama UPNM di persada sukan duathlon khususnya. Semua kategori diperingkat universiti yang di pertandingan telah dimenangi oleh wakil-wakil UPNM. Keputusan adalah seperti berikut:

Kategori/Siri
UPNM
UPM
UM
Keseluruhan
Lelaki
Ke-3 - PK Chan Jun Shen
Ke-4 - PK Muhd Amirul
Ke -5 – PK Tarmizi

Pertama – PK Chan Jun Shen
Ke- 3 PK Muhd Amirul
Ke-4 PK Suhaime Shukor
Ke-5 PK Tarmizi
Pertama – PK PK Muhd Amirul
Ke- 2 Chan Jun Shen
Ke-3 PK Tarmizi
Ke-5 PK Suhaime Shukor
Johan – PK Chan Jun Shen
Wanita
Pertama – PK Nurasyikin Masri
Ke-2 PK Noor Fitrah Md Saad
Ke-3 PK Zurul Afinaz Zamani
Ke-4 PK Nor Asmidar Zukipli
Pertama – PK Nurasyikin Masri
Ke-3 PK Zurul Afinaz Zamani
Ke-4 PK Noor Fitrah Md Saad

Ke-2 PK Nurasyikin Masri
Ke-3 PK Zurul Afinaz Zamani
Ke-4 PK Noor Fitrah Md Saad

Johan - PK Nurasyikin Masri
Relay
Pertama - UPNM 1
Ke-2  UPNM 3
Ke-3  UPNM 4
Pertama - UPNM 1
Ke-2  UPNM 2
Ke-3  UPNM 3
Pertama - UPNM 1
Ke-2  UPNM 2
Ke-3  UPNM 3
UPNM
Best University
Mixed Relay
Pertama – UPNM M3
Ke-2  UPNM M1
Ke-3  UPNM M2
Pertama - UPNM M2
Ke-2  UPNM M1
Ke-3  UPNM M3
Pertama - UPNM M2
Ke-2  UPNM M1

UPNM
Top University
Men Open
-
-
Pertama – PK Aiman
-



Kelab Sukan Lasak UPNM melakar nama sebagai pembolot segala kejuaraan kategori Top University, Best University, dan Duathlete of The Year (PK Chan Jun Shen & Nurasyikin). Dengan kejuaraan Top University, pihak Malakoff telah menganugerahkan sebanyak RM3000.00 sahaja kepada pihak Universiti Pertahanan Nasional Malaysia. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada Lt Kol. Ananthan (Bersara) /Penasihat Kelab Sukan Lasak dan pihak Akademik Latihan Ketenteraan(ALK) serta Hal Ehwal Pelajar dan Alumnai (HEPA) yang telah memberi sokongan padu dan membenarkan ahli Kelab Sukan Lasak membuat latihan pada waktu pagi dan petang untuk menghadapi kejohanan ini.


Laman Web Malakoff University Duathlon Series

MUDS UPNM 
Starting line di UPNM

Ahli Kelab Sukan Lasak UPNM


Penasihat Kelab, Lt Kol. Ananthan (Bersara) bersama anaknya 

Gambat kemenangan di tempat sendiri


MUDS 2011 UPM


Gambar starting line yang agak MENARIK




Peserta UPNM sentiasa berada di DEPAN....

MUDS 2011 UM


Gambar kemenangan semasa di UM


Men Universiti yg dimonopoli oleh peserta UPNM







Tuesday, August 16, 2011

Port Dickson International Triathlon 2011


Olympic Distance Triathlon
24 July 2011 (Sun), 7.30am
 1.5km Swim, 40km Bike, 10km Run

Kelab Sukan Lasak UPNM sekali lagi telah menunjukan belang pada siri kejohanan triatlon 2011. Kejohanan ini merupakan kejohanan kali ke-4 bagi tahun 2011. Pada kejohanan kali ini, ahli kelab mengalami pelbagai cabaran dan kesukaran apabila kejohanan triatlon ini berada di dalam "Latihan Ketenteraan". Latihan Ketenteraan yang bermula sejak bulan Jun ini sedikit sebanyak menjadi halangan bagi ahli kelab untuk menumpukan perhatian bagi latihan untuk menghadapi Kejohanan triatlon ini.

Sebelum kejohanan berlangsung, ramai diantara ahli kelab yang tercedera dan ada juga diantara mereka yang telah menarik diri. Namun perkara ini tidak mematahkan semangat para peserta kelab yang lain. Kelab Sukan Lasak telah menghantar seramai 27 orang peserta. 15 orang bagi kategori individu, 3 team relay , 3 pembantu.

Semua ahli kelab telah memberikan saingan sengit terhadap atlit-atlit lain. Walaupun ada diantara peserta yang tercedera, namun sebagai angkatan tentera Malaysia yang tidah mudah kalah, mereka bersaing "sehingga ke titisan darah terakhir".

Team relay telah berjaya menaiki pentas apabila dinobatkan sebagai Naib-Johan kategori men relay dan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM1000 dan Plate kejohanan.


Kejayaan ini dilihat sebagai suatu perkara yang boleh dibanggakan kerana kita bukan sahaja bersaing dengan peserta dari Malaysia, malah peserta dari lebih 20 buah negara yang lain.






















Monday, July 4, 2011

Standard Charted Marathon Kuala Lumpur 2011


Date: 26th June 2011, Sunday
Starting Time: 5:00am
Venue: Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, Malaysia
Distance: Full Marathon - 42.195km

organizer club: Peg Kdt Nazrin & Peg Kdt Jojo



Jalan di sekitar Kuala Lumpur  yang ditutup secara berperingkat..

Team Kulit Hitam memulakan larian di baris hadapan sekali..


ahli kelab yang join marathon kali ini.. Kebanyakannya baru first time try marathon..


result keseluruhan ahli...