online

Wednesday, October 26, 2011

Promosi Kelab Sukan Lasak 2011

Julung-julung kalinya, Kelab Sukan Lasak telah membuat promosi secara terbuka kepada siswa dan siswazah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia untuk pengambilan ahli baru sebagai ahli kelab tahun 2010/2011.
Program ini telah diketuai oleh Mohamad Suhaime Shukor dan dibantu oleh Pgkt Raji dan Pkdt Adam dalam menjayakan program ini. Turut membantu termasukahli Kelab intake 2010 untuk mempromosikan kelab Sukan Lasak UPNM.
Tujuan promosi diadakan adalah untuk menari pengambilan ahli baru intake 2011 dan menarik minta pelajar awam akan aktiviti Kelab Sukan LAsak UPNM. Sambutan amat mengalakkan daripada pelajar intake 2011 terutamanya pegawai kadet. Selain itu, program ini turut mempromosikan pertandingan MUDS 2011( Malakoff Universiti Duathlon Series 2011) kepada pelajar univeriti yang mana UPNM akan menjadi Tuan Rumah dalam pertandingan ini untuk siri pertama 2011.
Sambutan yang amat memberangsanagkan sehingga mencecah 50lebih pelajar yang mahu menyertai Kelab Sukan Lasak UPNM. Sehubungan dengan itu, Kelab terpaksa membuat pemilihan terlebih dahulu kerana kuata terlalu banyak sehingga tidak terkawal pada masa akan datang.
Sesiapa yang mahu menyertai Kelab Sukan Lasak, ahli bukan saja akan menjadiatlet, malahan akan di didik menjadi pengurus dlama menguruskan acara yyang disertai serta menguruskan kelab. Kelab Sukan Lasak UPNM adalah kelab yang paling aktif dan telah banyak menyumbang nama baik universiti di peringkat universiti malahan di persada antarabangsa .
Antara ganbar kenangan pada hari kejadian :


Suasana sibuk melayan pelajar menanyakan pelbagai soalan


Lim Shimri turut membantu..

Adam bersama barang2 pameran

Asmidar & Asilah sedang diberi penerangan oelh Wan Nur Hidayat


Peralatan yang dipamerkan


Mus dan Adam di booth Pameran Barang2..

Basikal yang dipamerkan...


Flayer yang disiarkan...

No comments:

Post a Comment