online

Friday, April 26, 2013

KENYIR LAKE INTERNATIONAL TRIATHLON



KENYIR LAKE INTERNATIONAL TRIATHLON 2013 yang telah disertai oleh 24 orang pegawai kadet bersama seorang pengiring telah berlangsung pada 9 sehingga 10 Mac 2013 bertempat di Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir, Terengganu.


Kejohanan sukan lasak KENYIR LAKE INTERNATIONAL TRIATHLON 2013 merupakan sebuah acara tahunan peringkat antarabangsa dan dianjurkan oleh TriSportz Event Management Sdn Bhd dengan kerjasama KETENGAH. Kejohanan ini merangkumi tiga disiplin iaitu 1.6km berenang, 45km berbasikal dan 11km larian.

Kejohanan ini disertai oleh peserta daripada lebih 20 negara. Kejohanan ini mendapat sambutan yang hangat daripada setiap lapisan masyarakat dan umur.


Kelab Sukan Lasak UPNM telah berjaya membawa pulang 2 pingat kemenangan. Kemenangan ini hasil daripada usaha dan semangat juang yang tinggi yang telah dipamerkan oleh ahli kelab. Tiada istilah penat yang dapat memutuskan semangat para atlet  UPNM yang bertanding.

Kemenangan yang berjaya dirangkul oleh peserta dari UPNM merupakan tempat pertama kategori lelaki terbuka 18-26 tahun iaitu Pegawai Kadet Lim Shimri dan membawa pulang wang tunai sebanyak RM1,500.




Pasukan relay pula mendapat tempat ketiga kategori lelaki terbuka. Mereka terdiri daripada Pegawai Kadet Bryan Lim Chen YI, Pegawai Kadet Muhammad Khawarizmi Bin Abdul Shukor, Pegawai Kadet Muhammad Farris Syaza Bin Zamri dan membawa pulang wang tunai sebanyak RM900.



Kemenangan ini telah berjaya menaikkan nama UPNM dalam sukan triathlon di peringkat Malaysia khususnya dan di peringkat antarabangsa amnya. Kejayaan seperti ini juga mampu memberi motivasi kepada rakan-rakan seperjuangan dalam meningkatkan lagi usaha kearah kecemerlangan. Dengan memenagi lebih banyak acara pada masa akan datang, nama baik Kelab Sukan Lasak UPNM dan UPNM sendiri mampu dipertingkatkan.