online

Monday, November 11, 2013

UiTM TOWER CHALLENGE 2013



Kejohanan larian UiTM Tower Challenge 2013 ini adalah merupakan diantara universiti dan dianjurkan oleh Pusat Sukan UiTM dengan kerjasama Persatuan Olahraga Amatur Selangor. Kejohanan ini merangkumi larian sejauh 5km dan larian menaiki 3 buah bangunan menggunakan tangga. Acara bermula di Stadium Uitm, Menara SAAS dan 2 Menara Berkembar. Acara ditamatkan di Stadium Uitm.

      
PARA PESERTA BERSIAP DI GARISAN PERMULAAN

             Kejohanan ini disertai oleh peserta dari lebih 10 universiti. Kejohanan ini telah mendapat sambutan yang hangat daripada setiap lapisan masyarakat dan umur.  Kejohanan yang terbuka kepada 4 kategori ini mendapat sambutan hangat dimana terdapat lebih 200 orang peserta yang mengambil bahagian dalam acara larian ini. Atlet dari UPNM telah bersaing didalam kategori lelaki dan wanita IPT.


ANTARA PESERTA DARI UPNM, MUSTAQIM

          Atlet Kelab Sukan lasak UPNM adalah antara peserta  yang digeruni sepanjang perlawanan berlansung. Kelab telah berjaya membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak 
RM 2,150. Kemenangan ini hasil daripada usaha dan semangat tidak mengerti erti penat dan lelah yang ditunjukkan oleh para atlet UPNM yang bertanding.

PEMENANG TEMPAT KE-3, TARMIZI ZULFIKAR 


 PEMENANG TEMPAT KE-4, TEH YONG LEE



          Kemenangan yang berjaya dirangkul oleh peserta dari UPNM adalah tempat kedua kategori pelajar IPT lelaki iaitu Pegawai Kadet Muhammad Farris Syaza Bin Zamri dan membawa pulang wang tunai sebanyak RM700 manakala Pegawai Kadet Muhammad Tarmizi Zulfikar Ismail mendapat tempat ketiga kategori pelajar IPT lelaki dan membawa pulang wang tunai sebanyak RM500.Pada kategori pelajar IPT wanita pula Pegawai Kadet Noor Khalilah Abdul Khalil mendapat tempat kedua dan membawa pulang wang tunai sebanyak RM700. Kemenangan ini telah berjaya menaikkan nama UPNM dalam kalangan IPTA dan IPTS yang lain.


WAJAH-WAJAH CERIA ATLET UPNM


GAMBAR KENANGAN BERSAMA SEMUA PEMENANG KATEGORI IPT



"NO PAIN NO GAIN"


Tuesday, May 14, 2013

XTERRA TRIATHLON 2013


Bertarikh pada 27 sehingga 28 APRIL 2013,  Kejohanan sukan lasak XTERRA TRIATHLON 2013 telahpun dilangsungkan di  Kompleks Sukan Air Putrajaya. Kejohanan yang merangkumi kategori triathlon sprint dan triathlon world championship ini julung kali diadakan di Malaysia ini. Acara larian lasak sejauh 11 km dan 5 km menjadi acara sampingan bagi kejohanan dunia ini.

Kejohanan XTERRA Triathlon 2013 ini juga disertai oleh  atlet luar negara seperti Denmark, Hong Kong, USA, Australia, Jepun dan banyak lagi. Kejohanan ini merupakan siri jelajah di beberapa buah negara termasuk MALAYSIA. Kejohanan yang terbuka kepada 4 kategori ini mendapat sambutan hangat dimana banyak penyertaan bagi acara traihlon world championship.

para atlet KELAB SUKAN LASAK UPNM.

Seramai 6 orang ahli KSL UPNM telah menyertai acara ini. Mereka telah menunjukkan prestasi yang sangat membanggakan walaupun ini merupakan kali pertama mereka menyertai  XTERRA TRIATHLON ini.Peserta UPNM memberikan saingan dan telah mendapat tempat kedua (Pegawai Kadet Aizul Fahmi Bin Jamaludin ) dan ketiga (Pegawai Kadet Zulkarnain Bin Mahadi ) bagi kategori 18-24 tahun. Kesemua peserta UPNM yang lain juga berjaya menamatkan perlumbaan Triathlon World Championship di tempat ke-4, ke-6, ke-7 dan ke-8.


pemenang tempat kedua dan ketiga dari UPNM.

Adalah diharapkan bahawa dengan adanya perancangan latihan yang lebih teratur serta tempat latihan yang sesuai dapat membentuk dan menjadikan Kelab Sukan Lasak UPNM sebagai sebuah pasukan yang mantap dan bersedia bagi menyertai acara-acara sukan lasak yang bakal menyusul. Dengan adanya kerjasama daripada semua pihak, diharap dapat mencapai segala objektif yang telah disasarkan dan secara tidak langsung dapat memartabatkan nama UPNM di peringkat IPT mahupun antarabangsa. 

riang dan gembira berjaya menamatkan pertandingan.



Friday, April 26, 2013

KENYIR LAKE INTERNATIONAL TRIATHLON



KENYIR LAKE INTERNATIONAL TRIATHLON 2013 yang telah disertai oleh 24 orang pegawai kadet bersama seorang pengiring telah berlangsung pada 9 sehingga 10 Mac 2013 bertempat di Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir, Terengganu.


Kejohanan sukan lasak KENYIR LAKE INTERNATIONAL TRIATHLON 2013 merupakan sebuah acara tahunan peringkat antarabangsa dan dianjurkan oleh TriSportz Event Management Sdn Bhd dengan kerjasama KETENGAH. Kejohanan ini merangkumi tiga disiplin iaitu 1.6km berenang, 45km berbasikal dan 11km larian.

Kejohanan ini disertai oleh peserta daripada lebih 20 negara. Kejohanan ini mendapat sambutan yang hangat daripada setiap lapisan masyarakat dan umur.


Kelab Sukan Lasak UPNM telah berjaya membawa pulang 2 pingat kemenangan. Kemenangan ini hasil daripada usaha dan semangat juang yang tinggi yang telah dipamerkan oleh ahli kelab. Tiada istilah penat yang dapat memutuskan semangat para atlet  UPNM yang bertanding.

Kemenangan yang berjaya dirangkul oleh peserta dari UPNM merupakan tempat pertama kategori lelaki terbuka 18-26 tahun iaitu Pegawai Kadet Lim Shimri dan membawa pulang wang tunai sebanyak RM1,500.




Pasukan relay pula mendapat tempat ketiga kategori lelaki terbuka. Mereka terdiri daripada Pegawai Kadet Bryan Lim Chen YI, Pegawai Kadet Muhammad Khawarizmi Bin Abdul Shukor, Pegawai Kadet Muhammad Farris Syaza Bin Zamri dan membawa pulang wang tunai sebanyak RM900.



Kemenangan ini telah berjaya menaikkan nama UPNM dalam sukan triathlon di peringkat Malaysia khususnya dan di peringkat antarabangsa amnya. Kejayaan seperti ini juga mampu memberi motivasi kepada rakan-rakan seperjuangan dalam meningkatkan lagi usaha kearah kecemerlangan. Dengan memenagi lebih banyak acara pada masa akan datang, nama baik Kelab Sukan Lasak UPNM dan UPNM sendiri mampu dipertingkatkan.

Friday, March 8, 2013

BROOKS HALF MARATHON 2013




Jam 0430h 3 Mac 2013, seramai 52 orang ahli Kelab Sukan Lasak UPNM telah memulakan perjalanan ke Stadium Nasional Bukit Jalil. Perjalanan ini dirancang bagi menyertai pertandingan “Brooks Half Marathon 2013”. Acara ini sudah menjadi satu acara wajib dalam kalender pertandingan tahunan yang disertai oleh ahli KSL UPNM.

STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL MENJADI MEDAN PERTANDINGAN

Seperti tahun-tahun sebelumnya, pertandingan ini telah menjadi satu batu loncatan bagi mengukur dan menilai kekuatan ahli kelab yang baru. Mereka yang terdiri daripada pelajar asasi atau pengambilan tahun 2012 telah menyertai pertandingan ini sebagai acara pertama mereka sebagai ahli kelab.

Sesi pemanasan badan diadakan sebaik sahaja sampai di lokasi pertandingan. Sesi tersebut dijalankan  secara berkumpulan supaya dapat menaikkan moral dan motivasi semua peserta. Tip-tip semasa larian diberikan oleh mereka yang telah banyak menyertai acara-acara larian iaitu  ahli-ahli senior kelab.

PARA PESERTA MEMULAKAN LARIAN

Acara utama iaitu 21km half marathon telah dimulakan pada jam 0530h.  Kesemua yang mengambil bahagian telah memulakan larian mereka dengan baik sekali. Selang satu jam kemudian, acara 10km pula dilepaskan. Ia menyaksikan lautan manusia memulakan larian mereka dengan penuh tenaga.

Peserta pertama dari UPNM telah sampai ke garisan penamat setelah 2jam 43 minit acara 21km dimulakan. Mengikuti dibelakang adalah beberapa peserta lagi dari UPNM. Kegembiraan dan kepuasan jelas terlihat dari air muka setiap diantara mereka. Peserta-peserta wanita turut tidak menghampakan dengan larian mereka yang penuh semangat. Kesemua peserta dari UPNM berjaya menghabiskan larian mereka tanpa sebarang kecederaan.

BERSAMA "LEGEND" KELAB, LT MUDA CHAN JUN SHEN

Beberapa orang ahli baru telah menunjukkan prestasi yang membanggakan dengan larian bertenaga mereka.  Keletihan dan kepenatan menghabiskan larian sejauh 21km sedikit sebanyak terubat setelah semua peserta menerima t-shirt “finisher” masing-masing. Sesi penyejuk badan diadakan bagi mengelakkan kecederaan dan kekejangan. Pergerakan pulang dibuat setelah selesai acara penyampaian hadiah pada jam 1100h.  Nyata semua peserta berpuas hati dengan kejayaan mereka. Ini telah berjaya memotivasikan diri mereka untuk menyertai acara-acara larian selepas ini. Majulah Kelab Sukan Lasak untuk UPNM .
NO PAIN, NO GAIN

Wednesday, March 6, 2013

GUNUNG TEBU MOUNTAIN CHALLANGE




 22 & 23 Feb 2013
2300h Jumaat 22 Feb 2013, seramai 33 orang ahli Kelab Sukan Lasak UPNM bersama jurulatih kelab, Sjn Jasmi telah selamat tiba di kaki Gunung Tebu, Terengganu. Perjalanan yang memakan masa 10 jm itu adalah semata-mata demi menyertai cabaran “Tebu Mountain Challenge” yang berlangsung keesokan harinya.


23 feb 2013, hari pertandingan yang dinantikan setiap anggota kelab. Kehadiran kami bukan sahaja untuk meraih kemenangan sahaja.Akan tetapi, bagi meluaskan pengalaman kami dalam
 acara-acara lasak seperti ini.

Hujan lebat yang turun pada pagi itu langsung tidak mematahkan semangat juang anggota kelab bahkan menambah lagi semangat kami untuk menawan puncakGunung Tebu.Hujan yang turun itu telah memberi cabaran yang lebih hebat kepada peserta. Keadaan basah di sepanjang jalan menyukarkan pergerakan semua tetapi kami gembira dengan cabaran tersebut. 
PARA PESERTA MEMULAKAN LARIAN DENGAN PENUH KEAZAMAN

Acara dimulakan setelah semua peserta selesai melakukan pemanasan badan. Peserta antarabangsa dan terbuka Malaysia terlebih dahulu dilepaskan. Sebaik sahaja dilepaskan, beberapa ahli KSL UPNM meluru ke hadapan bersaing bersama-sama dengan peserta-peserta pilihan yang kebanyakan terdiri daripada peserta antarabangsa dan anggota tentera.

Berkat latihan dan semangat yang tinggi, beberapa peserta harapan kelab telah berjaya menempatkan diri mereka didalam kelompok hadapan.Perjalan naik turun gunung sejauh 14km terdiri daripada jalan curam, berbatu ,licin dan amat mencabar fizikal serta mental setiap peserta yang menyertai pertandingan tersebut.

Syukur kepada Tuhan yang mengurniakan kekuatan kepada kita.Beberapa orang ahli kelab berjaya meraih tempat dalam kalangan 20 peserta terbaik ketogori terbuka Malaysia. Mereka ialah:

1) TarmiziZulfikatempat ke-13

2) Ali Zainal Abidin tempat ke-14

3) Farris Syaza tempat ke-15

Kesemua peserta dari UPNM berjaya menamatkan larian dengan selamat. Selesai larian, peserta megambil kesempatan untuk mandi di air terjun kaki gunung tersebut.Kesejukan air sungai telah menghilangkan segala kepenatan yang tadinya terasa disetiap anggota badan.


SELESAI LARIAN....SESI BERGAMBAR PULA...

"RECOVERY" TERBAIK KAMI...


WAJAH-WAJAH CERIA DAN RIANG BERMANDI-MANDA

Perjalan pulang selama 10 jam lagi ditempuhi peserta larian tersebut dan selamat tiba di UPNM mengikut jadual yang ditetapkan. Keseronokan dan kepuasan menjadi pembekal semangat kami untukmengikuti pt dan latihan ketenteraan esoknya.... :P