Jam 0430h 3 Mac 2013, seramai 52 orang ahli Kelab Sukan Lasak UPNM telah memulakan perjalanan ke Stadium Nasional Bukit Jalil. Perjalanan ini dirancang bagi menyertai pertandingan “Brooks Half Marathon 2013”. Acara ini sudah menjadi satu acara wajib dalam kalender pertandingan tahunan yang disertai oleh ahli KSL UPNM.
STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL MENJADI MEDAN PERTANDINGAN
Seperti tahun-tahun sebelumnya, pertandingan ini telah menjadi satu batu loncatan bagi mengukur dan menilai kekuatan ahli kelab yang baru. Mereka yang terdiri daripada pelajar asasi atau pengambilan tahun 2012 telah menyertai pertandingan ini sebagai acara pertama mereka sebagai ahli kelab.
Sesi pemanasan badan diadakan sebaik sahaja sampai di lokasi pertandingan. Sesi tersebut dijalankan secara berkumpulan supaya dapat menaikkan moral dan motivasi semua peserta. Tip-tip semasa larian diberikan oleh mereka yang telah banyak menyertai acara-acara larian iaitu ahli-ahli senior kelab.
PARA PESERTA MEMULAKAN LARIAN
Acara utama iaitu 21km half marathon telah dimulakan pada jam 0530h. Kesemua yang mengambil bahagian telah memulakan larian mereka dengan baik sekali. Selang satu jam kemudian, acara 10km pula dilepaskan. Ia menyaksikan lautan manusia memulakan larian mereka dengan penuh tenaga.
Peserta pertama dari UPNM telah sampai ke garisan penamat setelah 2jam 43 minit acara 21km dimulakan. Mengikuti dibelakang adalah beberapa peserta lagi dari UPNM. Kegembiraan dan kepuasan jelas terlihat dari air muka setiap diantara mereka. Peserta-peserta wanita turut tidak menghampakan dengan larian mereka yang penuh semangat. Kesemua peserta dari UPNM berjaya menghabiskan larian mereka tanpa sebarang kecederaan.
BERSAMA "LEGEND" KELAB, LT MUDA CHAN JUN SHEN
Beberapa orang ahli baru telah menunjukkan prestasi yang membanggakan dengan larian bertenaga mereka. Keletihan dan kepenatan menghabiskan larian sejauh 21km sedikit sebanyak terubat setelah semua peserta menerima t-shirt “finisher” masing-masing. Sesi penyejuk badan diadakan bagi mengelakkan kecederaan dan kekejangan. Pergerakan pulang dibuat setelah selesai acara penyampaian hadiah pada jam 1100h. Nyata semua peserta berpuas hati dengan kejayaan mereka. Ini telah berjaya memotivasikan diri mereka untuk menyertai acara-acara larian selepas ini. Majulah Kelab Sukan Lasak untuk UPNM .
NO PAIN, NO GAIN
No comments:
Post a Comment