online

Wednesday, February 29, 2012

Powerman Malaysia 2011

13 November 2011, 17 ahli Kelab Sukan Lasak UPNM telah mengembara ke Seri Manjung, Perak untuk menyertai Powerman. 10 orang bertanding dalam kategori long distance(lari 11km, basikal 64km, lari 10km) , 2 pasukan untuk Men's Relay dan peserta tunggal yang masuk kategori Sprint (kategori kanak-kanak)
Kami menginap di Wisma Bintara, Pengkalan TLDM, Lumut selama 2 hari 1 malam. Event kali ini tidak menyediakan carbo loading seperti mana-mana event besar seperti PD Triathlon. Ditemani YO(young oficer) dan juga merupakan senior kelab kami , mengayuh keluar daripada kem untuk carbo loading di pekan Lumut. Bak kata orang lama, menyelam sambil minum air. Selepas bersantap, kami semua meronda-ronda di kawasan sekitar. Kalau ikut hati, nak ronda lama-lama, tapi keesokan harinya adalah THE DAY. Jadi, kenalah rehat secukupnya untuk race dengan kuat pada hari esok. 


14 November 2011, THE DAY yang dimaksud telah menjelma. Long distance dilepaskan awal, pukul 7.30 pagi, sprint dilepaskan pada 8.00 pagi. Relay dilepaskan bersama-sama dengan long distance. Dengan bangganya, MUHAMMAD AMIRUL HAFIZ BIN AMAN telah merangkul tempat ke-6 diikuti CHAN JUN SHEN tempat ke-10. Namun, MOHAMAD HUDHA BIN MOHD MORTADOR telah disqualified. Mungkin kena penalti semasa berbasikal, kerana disiplin berbasikal, tidak boleh drafting peserta lain. Bagi pasukan relay, UPNM A telah menduduki tempat ke-2. Segala keputusan rasmi, disini.


Bagi peserta baru yang menyertai event ini, merupakan pengalaman yang berharga kerana jarak setiap disiplin lebih jauh berbanding MUDs. Itulah keistimewaan Powerman Malaysia, long distance duathlon. Mudah-mudahan Powerman Malaysia 2012 dapat kami sertai.