online

Wednesday, June 13, 2012

1st Leg of MUDS 2012 – UM

~ UPNM kotingen bersama penasihat kelab dan jurulatih kelab ~

Malakoff University Duathlon Series (MUDS) merupakan satu arena bagi peluang atlet-atlet baru Kelab Sukan Lasak (KSL) UPNM untuk menunjukkan bakat masing-masing. MUDS merupakan satu aktiviti yang melingkungi 2 disiplin sukan iaitu berlari dan berbasikal, dengar senang tetapi agak susah dilakukan, aktiviti ini memerlukan stamina yang kuat dan latihan yang secukupnya. Selain itu, MUDS juga suatu aktiviti yang melibatkan semua peserta dalam 3 siri, iaitu pada 12 Mei 2012 di UM, 19 Mei 2012 di UPM dan 26 Mei 2012 di UPNM.

12 Mei 2012, cuaca mendung, 80 orang dari KSL UPNM telah mengembara ke UM untuk “meletupkan” suasana meriah aktiviti ini. Antaranya, UPNM hantar 50 orang menyertai kategori Men University, 3 orang menyertai kategori Women University, 4 pasukan Men Relay dan 5 pasukan Mixed Relay. Di UM, peserta diperlukan berlari 3.5km – berbasikal 11.8km – berlari 3.5km untuk menghabiskan race. Kecerunan “Bukit Cinta” di UM paling mencabar bagi semua cyclist, tetapi peserta UPNM dengan semangat kesukanan, mampu melakukannya.

Kami bertolak dari kampus pada pukul 0700H, semangat sukan para atlet yang tinggi telah menjadi inspirasi untuk berjuang pada waktu pagi, hidup UPNM!!! Dengan 4 biji 3tan dan 1 biji bas untuk muatkan semua peserta dan basikal, akhirnya pun sampai di UM. Sesampainya di sana, para atlet memanaskan badan dan sesuaikan diri di tempat tersebut supaya dalam keadaan terbaik semasa berlari. 0900H, FLAG-OFF untuk semua kategori. Ramai jurugambar sepanjang jalan larian untuk menangkap gambar peserta yang paling “stylo” untuk buat kenangan. Jasa para jurugambar selalu dihargai.

 ~ Gambar podium top 5 ~
No.1: Lim Shimri mencatat masa 0:48:40;
No.2: Muhammad Tarmizizulfika Ismail mencatat masa 0:49:38;
No.3: Mohd Aiman Mohd Halim mencatat masa 0:51:46;
No.4: Chan Jun Shen: 0:52:01.

Dengan bangganya, dalam kategori Men University, top 4 terdiri daripada ahli KSL UPNM, dan munculnya “new star” – Lim Shimri muncul sebagai juara dalam kategori ini, manakala bagi kategori Women University, Teh Yong Le mendapat tempat no.2 dengan masa 1:11:59, Norkhalilah Abu Khalil mendapat no.4 dengan mencatat masa 1:21:23. Seterusnya, dengan gempaknya, UPNM sapu bersih top 3 dalam kategori Men Relay dan Mixed Relay. Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang menyumbang kepada UPNM, keputusan amat memuaskan. Akhirnya, ribuan terima kasih diucapkan kepada semua peserta atas kerjasama semua.

~ Women University ~

~ Men Relay ~

~ Mixed Relay ~

~ Pada 17 Mei 2012, berita UPNM dalm suratkhabar THE STAR ~

Untuk mendapatkan lebih benyak info, boleh melayari laman web [ MUDS 2012 ].
Untuk melihat lebh banyak gambar, boleh melayari
Untuk berhubung dengan Kelab Sukan Lasak UPNM, boleh cari melalui [ FB KSL UPNM ].

No comments:

Post a Comment