Siri pertama Malakoff University Duathlon Series (MUDS) telah
pun tamat, siri kedua MUDS pun telah berakhir di UPM pada 19 Mei 2012, macam
mana dengan keputusan? Adakah UPNM teruskan kebanggaan seperti dalam siri
pertama? Atlet-atlet Kelab Sukan Lasak (KSL) UPNM telah menunjukkan bakat
masing-masing. MUDS merupakan satu aktiviti yang melingkungi 2 disiplin sukan
iaitu berlari dan berbasikal, dengar senang tetapi agak susah dilakukan,
aktiviti ini memerlukan stamina yang kuat dan latihan yang secukupnya. Atlet-atlet
kelab selalu menghadirkan diri pada waktu petang untuk menjalankan latihan.Selain
itu,
19 Mei 2012, cuaca mendung, 80 orang dari KSL UPNM telah
mengembara ke UPM untuk Memulakan “perang” dalam aktiviti ini. Antaranya, UPNM
hantar 47 orang menyertai kategori Men University, 3 orang menyertai kategori
Women University, 5 pasukan Men Relay dan 5 pasukan Mixed Relay. Di UPM,
peserta diperlukan berlari 3km – berbasikal 13.8km – berlari 3km untuk menghabiskan
race. Trek larian UPM merupakan trek larian yang rata dan agak senang, manakala
trek basikal juga lebih senang berbanding dengan Bukit Cinta di UM. Atas trek
basikal yang rata, kuda-kuda tua dari UPNM cuba kayuh dalam satu kumpulan yang
besar dan mengiringi di barisan hadapan race, ini menunjukkan strategi untuk
menaikkan mental untuk sampai ke garisan penamat.
~ Semangat Ladies yang
menyertai MUDS ~
Kami bertolak dari kampus pada pukul 0700H, semangat sukan
para atlet yang tinggi telah menjadi inspirasi untuk berjuang pada waktu pagi,
hidup UPNM!!! Dengan 4 biji 3tan dan 1 biji bas untuk muatkan semua peserta dan
basika. Sesampainya di sana, para atlet memanaskan badan dan sesuaikan diri di
tempat tersebut supaya dalam keadaan terbaik semasa berlari. 0900H, FLAG-OFF
untuk semua kategori. Ramai jurugambar sepanjang jalan larian untuk menangkap
gambar peserta yang paling “stylo” untuk buat kenangan. Jasa para jurugambar
selalu dihargai.
~ Gambar podium top 5 ~
No.1: Lim Shimri
mencatat masa 0:41:05;
No.2: Muhammad Tarmizizulfika
Ismail mencatat masa 0:42:36;
No.3: Chan Jun Shen: 0:42:43;
No.4: Mohd Aiman Mohd
Halim mencatat masa 0:42:54 .
Dengan bangganya, dalam kategori Men University, top 4
terdiri daripada ahli KSL UPNM, dan “new star” – Lim Shimri teruskan kemenangan
siri satu dan muncul sebagai juara dalam kategori ini, manakala bagi kategori
Women University, Teh Yong Le mendapat tempat no.2 dengan masa 0:56:52, Suria
Sharuddin dengan masa 1:02:53 mendapat no.4 dan Norkhalilah Abu Khalil mendapat
no.5 dengan mencatat masa 1:03:56. Seterusnya, dengan gempaknya, UPNM sapu
bersih top 3 dalam kategori Men Relay dan Mixed Relay. Tahniah diucapkan kepada
semua peserta yang menyumbang kepada UPNM, keputusan amat memuaskan. Akhirnya,
ribuan terima kasih diucapkan kepada semua peserta atas kerjasama semua.
~ Women University ~
~ Men Relay ~
~ berita UPNM dalm
suratkhabar Metro ~
Untuk mendapatkan lebih benyak info, boleh melayari laman
web [ MUDS 2012 ].
Untuk melihat lebh banyak gambar, boleh melayari
[ Snap-Attack ], [
Malaysia Cycling Magazine ], [ MUDS 2012]
Untuk berhubung dengan Kelab Sukan Lasak UPNM, boleh cari
melalui [ FB KSL UPNM ].
No comments:
Post a Comment