KENYIR LAKE
INTERNATIONAL TRIATHLON 2013
yang telah disertai oleh 24 orang pegawai kadet bersama seorang pengiring telah berlangsung pada 9 sehingga 10 Mac 2013 bertempat di Pengkalan Gawi, Tasik
Kenyir, Terengganu.
Kejohanan
sukan lasak KENYIR LAKE INTERNATIONAL TRIATHLON
2013 merupakan sebuah acara tahunan peringkat antarabangsa dan dianjurkan oleh TriSportz Event
Management Sdn Bhd dengan kerjasama KETENGAH. Kejohanan ini merangkumi tiga disiplin iaitu 1.6km
berenang, 45km berbasikal dan 11km larian.
Kejohanan
ini disertai oleh peserta daripada lebih 20 negara. Kejohanan ini mendapat sambutan
yang hangat daripada setiap lapisan masyarakat dan umur.
Kelab Sukan Lasak UPNM telah berjaya membawa pulang 2 pingat
kemenangan. Kemenangan ini hasil daripada usaha dan semangat juang yang tinggi yang telah dipamerkan oleh ahli kelab. Tiada istilah penat yang dapat memutuskan semangat para atlet UPNM yang bertanding.
Kemenangan yang berjaya
dirangkul oleh peserta dari UPNM merupakan tempat pertama kategori lelaki terbuka
18-26 tahun iaitu Pegawai Kadet Lim Shimri dan membawa pulang wang
tunai sebanyak RM1,500.
Pasukan relay pula mendapat tempat ketiga
kategori lelaki terbuka. Mereka terdiri daripada Pegawai Kadet Bryan Lim Chen YI, Pegawai Kadet Muhammad Khawarizmi Bin
Abdul Shukor, Pegawai Kadet Muhammad Farris Syaza Bin Zamri dan membawa
pulang wang tunai sebanyak RM900.
Kemenangan ini telah
berjaya menaikkan nama UPNM dalam sukan triathlon di peringkat Malaysia
khususnya dan di peringkat antarabangsa amnya. Kejayaan seperti ini juga mampu memberi motivasi kepada rakan-rakan seperjuangan dalam meningkatkan lagi usaha kearah kecemerlangan. Dengan memenagi lebih banyak acara pada masa akan datang, nama baik Kelab Sukan Lasak UPNM dan UPNM sendiri mampu dipertingkatkan.