online

Tuesday, May 14, 2013

XTERRA TRIATHLON 2013


Bertarikh pada 27 sehingga 28 APRIL 2013,  Kejohanan sukan lasak XTERRA TRIATHLON 2013 telahpun dilangsungkan di  Kompleks Sukan Air Putrajaya. Kejohanan yang merangkumi kategori triathlon sprint dan triathlon world championship ini julung kali diadakan di Malaysia ini. Acara larian lasak sejauh 11 km dan 5 km menjadi acara sampingan bagi kejohanan dunia ini.

Kejohanan XTERRA Triathlon 2013 ini juga disertai oleh  atlet luar negara seperti Denmark, Hong Kong, USA, Australia, Jepun dan banyak lagi. Kejohanan ini merupakan siri jelajah di beberapa buah negara termasuk MALAYSIA. Kejohanan yang terbuka kepada 4 kategori ini mendapat sambutan hangat dimana banyak penyertaan bagi acara traihlon world championship.

para atlet KELAB SUKAN LASAK UPNM.

Seramai 6 orang ahli KSL UPNM telah menyertai acara ini. Mereka telah menunjukkan prestasi yang sangat membanggakan walaupun ini merupakan kali pertama mereka menyertai  XTERRA TRIATHLON ini.Peserta UPNM memberikan saingan dan telah mendapat tempat kedua (Pegawai Kadet Aizul Fahmi Bin Jamaludin ) dan ketiga (Pegawai Kadet Zulkarnain Bin Mahadi ) bagi kategori 18-24 tahun. Kesemua peserta UPNM yang lain juga berjaya menamatkan perlumbaan Triathlon World Championship di tempat ke-4, ke-6, ke-7 dan ke-8.


pemenang tempat kedua dan ketiga dari UPNM.

Adalah diharapkan bahawa dengan adanya perancangan latihan yang lebih teratur serta tempat latihan yang sesuai dapat membentuk dan menjadikan Kelab Sukan Lasak UPNM sebagai sebuah pasukan yang mantap dan bersedia bagi menyertai acara-acara sukan lasak yang bakal menyusul. Dengan adanya kerjasama daripada semua pihak, diharap dapat mencapai segala objektif yang telah disasarkan dan secara tidak langsung dapat memartabatkan nama UPNM di peringkat IPT mahupun antarabangsa. 

riang dan gembira berjaya menamatkan pertandingan.