online

Monday, November 11, 2013

UiTM TOWER CHALLENGE 2013



Kejohanan larian UiTM Tower Challenge 2013 ini adalah merupakan diantara universiti dan dianjurkan oleh Pusat Sukan UiTM dengan kerjasama Persatuan Olahraga Amatur Selangor. Kejohanan ini merangkumi larian sejauh 5km dan larian menaiki 3 buah bangunan menggunakan tangga. Acara bermula di Stadium Uitm, Menara SAAS dan 2 Menara Berkembar. Acara ditamatkan di Stadium Uitm.

      
PARA PESERTA BERSIAP DI GARISAN PERMULAAN

             Kejohanan ini disertai oleh peserta dari lebih 10 universiti. Kejohanan ini telah mendapat sambutan yang hangat daripada setiap lapisan masyarakat dan umur.  Kejohanan yang terbuka kepada 4 kategori ini mendapat sambutan hangat dimana terdapat lebih 200 orang peserta yang mengambil bahagian dalam acara larian ini. Atlet dari UPNM telah bersaing didalam kategori lelaki dan wanita IPT.


ANTARA PESERTA DARI UPNM, MUSTAQIM

          Atlet Kelab Sukan lasak UPNM adalah antara peserta  yang digeruni sepanjang perlawanan berlansung. Kelab telah berjaya membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak 
RM 2,150. Kemenangan ini hasil daripada usaha dan semangat tidak mengerti erti penat dan lelah yang ditunjukkan oleh para atlet UPNM yang bertanding.

PEMENANG TEMPAT KE-3, TARMIZI ZULFIKAR 


 PEMENANG TEMPAT KE-4, TEH YONG LEE



          Kemenangan yang berjaya dirangkul oleh peserta dari UPNM adalah tempat kedua kategori pelajar IPT lelaki iaitu Pegawai Kadet Muhammad Farris Syaza Bin Zamri dan membawa pulang wang tunai sebanyak RM700 manakala Pegawai Kadet Muhammad Tarmizi Zulfikar Ismail mendapat tempat ketiga kategori pelajar IPT lelaki dan membawa pulang wang tunai sebanyak RM500.Pada kategori pelajar IPT wanita pula Pegawai Kadet Noor Khalilah Abdul Khalil mendapat tempat kedua dan membawa pulang wang tunai sebanyak RM700. Kemenangan ini telah berjaya menaikkan nama UPNM dalam kalangan IPTA dan IPTS yang lain.


WAJAH-WAJAH CERIA ATLET UPNM


GAMBAR KENANGAN BERSAMA SEMUA PEMENANG KATEGORI IPT



"NO PAIN NO GAIN"