Kelab Sukan Lasak Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah menghantar seramai 34 orang Pegawai Kadet untuk menyertai Kenyir Lake International Triathlon 2011. Secara tidak langsung, acara ini bertujuan untuk memperkenalkan UPNM pada peringkat antarabangsa.
Penginapan di Kenyir Resort and Spa..
Acara ini dimulakan dengan berenang sejauh 1.5km, berbasikal sejauh 40km dan berlari sejauh 10km. Peserta terpantas yang berjaya menamatkan perlumbaan ini akan diistiharkan sebagai johan.
UPNM telah menghantar sejumlah 34 peserta iaitu 5 untuk bertanding bagi kategori lelaki dan reley. Pada kejohanan kali ini penglibatan daripada peserta luar negara amat memberangsangkan. Kesemua Pegawai Kadet yang menyertai perlumbaan pada kali ini berjaya menamatkan cabaran pada masa kurang dari 4jam. Hal ini membuktikan peserta dari UPNM juga mampu bersaing dengan peserta-peserta lain pada peringkat antarabangsa. Berikut adalah keputusan tidak rasmi para peserta:
BIL | NAMA | JUMLAH MASA | KEDUDUKAN KESELURUHAN |
1. | Lim Shimri | 2:04:29 | JOHAN |
2. | Zulkarnain Bin Mahadi | 2:37:07 | Tempat ke-5 |
3. | Chan Jung Shen | 2:32:23 | Tempat ke-19 |
4. | Low Sihu Mohd Syafiq Kaus Mohd Amir Bin Mohammad Nasir | 2:13:48 | Tempat ke-3 |
5. | Suria Binti Sharuddin Ahmad Syafiq Bin Syukor Mohamad Suhaimie Bin Shukor | 2:26:57 | Tempat ke-4 |
No comments:
Post a Comment