online

Tuesday, June 7, 2011

ATM TRIATHLON 2011 - UPNM MASIH BERBISA


29 Mei 2011 - Kelab Sukan Lasak Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), sekali lagi mengulangi kejayaan cemerlang dengan mengharumkan nama UPNM di Kejohanan Triathlon ATM 2011 yang telah berlangsung di Pantai Puteri, Melaka pada 28 & 29 Mei 2011.
Kejohanan yang melibatkan 3 disiplin iaitu berenang sejauh 1.5km, berbasikal sejauh 40km dan berlari sejauh 10km ini telah disertai oleh atlit-atlit triathlon tanah air dan luar negara seperti peserta dari Singapura, Thailand, Sweden dan Jepun. Kejohanan ini juga menjadi medan untuk pasukan-pasukan khas dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) seperti atlet dari Grup Gerak Khas, Pasukan Khas Tentera Laut (Paskal) dan juga Pasukan Khas Udara (Paskau) untuk beradu tenaga. Walaupun UPNM hanya menghantar peserta dari kalangan atlit pelapis, ternyata atlit-atlit UPNM mampu memberikan saingan kepada peserta yang lain.
Pada edisi kejohanan kali ini, Pegawai Kadet Lim Shimri telah mengungguli acara dengan memenangi tempat ke-3 kategori lelaki individu (16-29 tahun) dengan menewaskan lebih 190 peserta yang lain. Bagi kategori lelaki berpasukan, pasukan UPNM 1 telah memenangi tempat ke-4 diikuti pasukan UPNM 2 di tempat ke-6, dan UPNM 3 di tempat ke-8. Pasukan UPNM 1 telah dibarisi oleh pegawai kadet Lim Syimri , pegawai kadet Abdul Mustaqim Abdul Hadi dan pegawai kadet Ahmad Afifudin Abdul Nasir.
Tahniah diucapkan kepada para peserta yang mewakili UPNM. Kejayaan ini telah mengharumkan nama universiti di samping memperkenalkan UPNM di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.




No comments:

Post a Comment