Bandar Kinrara merupakan lokasi bagi acara ini dan kami memulakan langkah perjalan seawal jam 0400 diiringi dengan sekeping doa untuk manfaat bersama. Redha dari Ilahi amatlah kami harapkan dalam apa jua pertandingan yang kami sertai . Seramai 34 orang ahli kelab sukan lasak telah mengambil bahagian pada pagi tersebut dan tidak kurang hebatnya jugak ahli kelab sukan lasak wanita turut menyahut cabaran pada kali ini.
Pada pagi yang penuh rahmat itu , kami memulakan langkah memanaskan badan secara berkumpulan demi menaikkan semangat antara ahli kelab yang datang bertanding. Selain itu juga, kami mengalas perot memakan roti sebelom memulakan larian. Tepat jam 0500 semua peserta yang terlibat bagi kategori larian 25km lelaki terbuka dilepaskan dahulu dan diikuti pula dengan larian 12km .Namun begitu, itu bukanlah salah satu alasan untuk tidak menunaikan solat subuh , malah kami mengambil peluang untuk berhenti seketika demi menunaikan kewajipan sebagai umat islam walaupon acara sedang berlangsung. Tidak kurang hebat juga, ramai peserta yang mengambil bahagian terdiri daripada pelbagai kaum sekaligus berjaya memenuhi hasrat perdana menteri Malaysia iaitu 1MALAYSIA .
Kejayaan demi kejayaan terus dirangkul. Sekalung tahniah di ucapkan buat Pegawai Kadet Chan Jun Shen yang telah berjaya mengharumkan nama Kelab Sukan Lasak UPNM apabila berjaya memengani tempat ke-7 daripada 523 peserta. Selain itu juga, Pegawai Kadet Mohd Aiman bin Halim yang turut mempamerkan aksi cemerlang apabila turut menduduki tempat ke-20 terbaik dengan menduduki tempat ke-15 yang diikuti pula Pegawai Kadet Mohamad Hudha Bin Mortador dengan kedudukan ke-20. Ketiga-tiga peserta tersebut telah membuktikan kekuatan mereka bagi acara larian 25km dan ahli kelab yang lain turut memberi saingan yang sengit pada hari kejohanan tersebut dengan kedudukan 80 teratas. Namun bagi kategori 12km pula, Pegawai Kadet Mohamad Suhaimi Bin Shukor telah mencatatkan keputusan yang cemerlang apabila berjaya menduduki tempat ke-5 sekaligus berjaya dinobatkan sebagai 5 atlit terbaik bagi kategori 12km dan salah seorang ahli kelab sukan lasak wanita iaitu Teh Yong Le yang turut memberi saingan pada acara larian 12km .
Tepat jam 1200 semua peserta berjaya menamatkan larian dengan jayanya. Sepanjang acara berlangsung, banyak ilmu yang dipelajari untuk dikongsikan bersama kepada semua ahli kelab yang lain . Selain itu juga, pihak penganjur tidak ketinggalan memberi cenderahati beserta sijil kepada peserta yang telah berjaya menamatkan larian sekaligus dinobatkan sebagai FINISHER untuk setiap kategori yang dipertandingkan. Kami juga turut berpuas hati malah bersyukur kerana acara sebegini mampu memberi manfaat kepada semua. Sebelom bergerak pulang, kami juga tidak ketinggalan untuk bergambar di mana terdapat ramai jurugambar di sepanjang jalan ketika beraksi. Kami juga turut makan tengahari bersama-sama sebelom pulang ke UPNM dimana objektif nya adalah untuk mengeratkan hubungan dalam kalangan ahli kelab yang sentiasa diamalkan sejak azali lagi sebaik sahaja selesai sesuatu acara yang dipertandingkan.
Sekali lagi, sekalung tahniah diucapkan kepada semua peserta yang menyertai NEWTON RUN 2012 dan terima kasih diucapkan atas kerjasama yang diberikan. Harapan kami semoga acara sebegini mampu memberi manfaat kepada semua untuk dikongsikan bersama. tahniah semua .