Sunday, March 11, 2012
Sukan Pantai MASUM 2011
1 Disember 2011, 22 orang ahli kelab sukan lasak UPNM telah mengembara ke negeri minangkabau, Negeri Sembilan untuk menyahut seruan KPT untuk menyertai Karnival Sukan Pantai MASUM 2011 untuk menyertai acara larian pantai. Larian yang sejauh 8 km menyusuri Pantai Bagan Pinang, Port Dickson sungguh memberi cabaran yang besar kepada paserta untuk mengharunginya disebabkan para peserta dikehendaki menyusuri tanah berpasir yang menyukarkan pergerakan dan membuatkan larian menjadi 3 kali ganda atau mungkin 5 kali ganda lebih payah berbanding apabila larian di trek yang lain.
Para peserta disediakann penginapan di Politeknik Port Dickson, Port Dickson, Negeri Sembilan. Acara peringkat pertama bermula pada 3hb disember 2011, sabtu, semua pasukan UPNM berjaya melepasi peringkat pertama dengan baik. Peringkat akhir pula diadakan pada keesokan harinya, dan skali lagi pasukan UPNM berjaya mendapat ranking yang baik.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment