11 March 2012, suhu 28°C dan cuaca mendung pada hari tersebut, 30 orang dari Kelab Sukan Lasak UPNM telah mengembara ke Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur untuk menyertai Brooks Half Marathon 2012. Antara peserta, 3 orang bertanding dalam kategori 10km Mens Open, 2 orang bertanding dalam 10km Women Open dan paling gempak sekali adalah seramai 25 orang yang menerima cabaran dalam 21km Mens Open.
Kami bertolak dari kampus pada pukul 0400H, semangat sukan para atlet yang tinggi telah menjadi inspirasi untuk berjuang pada waktu pagi, hidup UPNM!!! Sesampainya di stadium, para atlet memanaskan badan dan sesuaikan diri di tempat tersebut supaya dalam keadaan terbaik semasa berlari. 0530H, masa FLAG-OFF untuk kategori 21km, manakala 10km FLAG-OFF pada pukul 0615H. Ramai jurugambar sepanjang jalan larian untuk menangkap gambar peserta yang paling “stylo” untuk buat kenangan. Jasa para jurugambar selalu dihargai. Dengan bangganya, antara kontigen UPNM, Mohamad Suhaime Shukor telah merangkul tempat ke- 7 dan diikuti Mohamad Hudha b. Mohd Mortador mendapat tempat ke – 9 dalam kategori 10km Mens Open dengan mencatat masa 0:43:04 dan 0:44:18.
Mohamad Suhaime Shukor
Mohamad Hudha b. Mohd Mortador
Chan Jun Shen pula mencatat masa 1:30:41 dalam 21km, mendapat ranking 7. Peserta lain turut mendapat keputusan yang agak memuaskan, Tahniah diucapkan kepada para peserta event ini.
Setiap peserta 10km mendapat finishing medal manakala peserta 21km mendapat finishing medal dan juga “mystery gift” dari pihak penganjur di garisan penamat.
Selepas event, pihak penganjur dengan besar hatinya menyediakan roti, tau foo fa, tembikai dan kacang merah untuk semua peserta sebagai breakfast. Selain itu, minuman milo dan 100plus juga dibekalkan kepada para peserta. Ribuan terima kasih diucapkan kepada peserta-peserta atas kerjasama semua.
No comments:
Post a Comment