online

Friday, June 22, 2012

3rd Leg of MUDS 2012 – UPNM



Sehari sebelum race, seperti biasa ada race clinic. Semua atlet UPNM menghadirkan diri ke clinic untuk “dirawat”. Minggu tersebut UPNM sebagai tuan rumah untuk sesi terakhir MUDS 2012. Untuk berlumba di tanah sendiri, para atlet UPNM bertanding dengan lebih yakin.

Siri pertama dan siri kedua Malakoff University Duathlon Series (MUDS) telah pun tamat, siri terakhir MUDS pun telah berakhir dengan sempurnanya di UPNM pada 26 Mei 2012, macam mana dengan keputusan? Adakah UPNM teruskan kebanggaan seperti tahun lepas untk memenagi 4 trofi? Atlet-atlet Kelab Sukan Lasak (KSL) UPNM telah bersedia dengan begitu sengatnya untuk berlumba di tanah sendiri. MUDS merupakan satu aktiviti yang menjadi perhatian dan tumpuan para atlet kelab. Aktiviti ini memerlukan stamina yang kuat dan latihan yang secukupnya.


26 Mei 2012, cuaca mendung, 80 orang dari KSL UPNM telah berkumpul dan memulakan “perang terakhir” dalam aktiviti ini, minggu penentuan bagi UPNM untuk mendapatkan keempat-empat trofi untuk MUDS. Antaranya, UPNM hantar 47 orang menyertai kategori Men University, 3 orang menyertai kategori Women University, 5 pasukan Men Relay dan 5 pasukan Mixed Relay. Di UPNM, peserta diperlukan berlari 3km – berbasikal 13.8km – berlari 3km untuk menghabiskan race. Trek larian UPNM adalah trek larian yang agak mencabar bagi semua orang, kerana dengan bukit MTD yang cerun dan kena berari bawah matahari yang panas, manakala trek basikal UPNM merupakan trek berbasikal yang paling panjang.


Sebelum ke kemuncak event ini, UPNM sebagai tuan rumah sediakan 2 persembahan yang sangat menarik bagi VIP, antaranya ialah “ War Dance” yang telah tercatat dalam “Malaysia Books Of Record” dipersembahkan oleh kadet battalion Jebat dan ??? dari 1kumpulan dancer yang cantik. Akhirnya sampai ke kemuncak event ini, penyampaian hadiah. “new star” – Lim Shimri teruskan kemenangan siri satu dan siri kedua, muncul sebagai juara dalam kategori Men University. Dengan bangganya, , top 5 terdiri daripada ahli KSL UPNM, dan dalam kategori ini, manakala bagi kategori Women University, Teh Yong Le mendapat tempat no.2 dengan masa 1:04:03. Seterusnya, UPNM sapu bersih top 5 dalam kategori Mixed Relay. Manakala dapat no.2,3,4 dalam Men relay.

 ~ Gambar podium top 5 ~
No.1: Lim Shimri mencatat masa 0:45:59;
No.2: Muhammad Tarmizizulfika Ismail mencatat masa 0:48:16;
No.3: Mohd Aiman Mohd Halim mencatat masa 0:48:38;
No.4: Chan Jun Shen 0:48:43;
No.5: Muhd Faiq Hashim dengan masa 0:50:30.

Tibanya masa untuk penyanmpaian trofi, Lim Shimri telah mengungguli MUDS 2012 dan dianugerahkan dengan trofi “Man Duathlete of The Year 2012” dan wang tunai RM500. Dengan gempaknya, UPNM juga dianugerahkan dengan trofi “Best University Award” dan “Top University Award”. Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang menyumbang kepada UPNM, keputusan amat memuaskan. Akhirnya, ribuan terima kasih diucapkan kepada semua peserta atas kerjasama semua. Jumpa lagi di MUDS tahun depan.

~ Women University ~

 ~ Men Relay ~

 ~ Mixed Relay ~


 ~ berita UPNM dalm suratkhabar ~

Untuk mendapatkan lebih benyak info, boleh melayari laman web [ MUDS 2012 ].
Untuk melihat lebh banyak gambar, boleh melayari
Untuk berhubung dengan Kelab Sukan Lasak UPNM, boleh cari melalui [ FB KSL UPNM ].

2nd Leg of MUDS 2012 – UPM



Siri pertama Malakoff University Duathlon Series (MUDS) telah pun tamat, siri kedua MUDS pun telah berakhir di UPM pada 19 Mei 2012, macam mana dengan keputusan? Adakah UPNM teruskan kebanggaan seperti dalam siri pertama? Atlet-atlet Kelab Sukan Lasak (KSL) UPNM telah menunjukkan bakat masing-masing. MUDS merupakan satu aktiviti yang melingkungi 2 disiplin sukan iaitu berlari dan berbasikal, dengar senang tetapi agak susah dilakukan, aktiviti ini memerlukan stamina yang kuat dan latihan yang secukupnya. Atlet-atlet kelab selalu menghadirkan diri pada waktu petang untuk menjalankan latihan.Selain itu,

19 Mei 2012, cuaca mendung, 80 orang dari KSL UPNM telah mengembara ke UPM untuk Memulakan “perang” dalam aktiviti ini. Antaranya, UPNM hantar 47 orang menyertai kategori Men University, 3 orang menyertai kategori Women University, 5 pasukan Men Relay dan 5 pasukan Mixed Relay. Di UPM, peserta diperlukan berlari 3km – berbasikal 13.8km – berlari 3km untuk menghabiskan race. Trek larian UPM merupakan trek larian yang rata dan agak senang, manakala trek basikal juga lebih senang berbanding dengan Bukit Cinta di UM. Atas trek basikal yang rata, kuda-kuda tua dari UPNM cuba kayuh dalam satu kumpulan yang besar dan mengiringi di barisan hadapan race, ini menunjukkan strategi untuk menaikkan mental untuk sampai ke garisan penamat.

 ~ Semangat Ladies yang menyertai MUDS ~

Kami bertolak dari kampus pada pukul 0700H, semangat sukan para atlet yang tinggi telah menjadi inspirasi untuk berjuang pada waktu pagi, hidup UPNM!!! Dengan 4 biji 3tan dan 1 biji bas untuk muatkan semua peserta dan basika. Sesampainya di sana, para atlet memanaskan badan dan sesuaikan diri di tempat tersebut supaya dalam keadaan terbaik semasa berlari. 0900H, FLAG-OFF untuk semua kategori. Ramai jurugambar sepanjang jalan larian untuk menangkap gambar peserta yang paling “stylo” untuk buat kenangan. Jasa para jurugambar selalu dihargai.

 ~ Gambar podium top 5 ~
No.1: Lim Shimri mencatat masa 0:41:05;
No.2: Muhammad Tarmizizulfika Ismail mencatat masa 0:42:36;
No.3: Chan Jun Shen: 0:42:43;
No.4: Mohd Aiman Mohd Halim mencatat masa 0:42:54 .

Dengan bangganya, dalam kategori Men University, top 4 terdiri daripada ahli KSL UPNM, dan “new star” – Lim Shimri teruskan kemenangan siri satu dan muncul sebagai juara dalam kategori ini, manakala bagi kategori Women University, Teh Yong Le mendapat tempat no.2 dengan masa 0:56:52, Suria Sharuddin dengan masa 1:02:53 mendapat no.4 dan Norkhalilah Abu Khalil mendapat no.5 dengan mencatat masa 1:03:56. Seterusnya, dengan gempaknya, UPNM sapu bersih top 3 dalam kategori Men Relay dan Mixed Relay. Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang menyumbang kepada UPNM, keputusan amat memuaskan. Akhirnya, ribuan terima kasih diucapkan kepada semua peserta atas kerjasama semua.

 ~ Women University ~

 ~ Men Relay ~

~ berita UPNM dalm suratkhabar Metro ~

Untuk mendapatkan lebih benyak info, boleh melayari laman web [ MUDS 2012 ].
Untuk melihat lebh banyak gambar, boleh melayari
Untuk berhubung dengan Kelab Sukan Lasak UPNM, boleh cari melalui [ FB KSL UPNM ].

Wednesday, June 13, 2012

1st Leg of MUDS 2012 – UM

~ UPNM kotingen bersama penasihat kelab dan jurulatih kelab ~

Malakoff University Duathlon Series (MUDS) merupakan satu arena bagi peluang atlet-atlet baru Kelab Sukan Lasak (KSL) UPNM untuk menunjukkan bakat masing-masing. MUDS merupakan satu aktiviti yang melingkungi 2 disiplin sukan iaitu berlari dan berbasikal, dengar senang tetapi agak susah dilakukan, aktiviti ini memerlukan stamina yang kuat dan latihan yang secukupnya. Selain itu, MUDS juga suatu aktiviti yang melibatkan semua peserta dalam 3 siri, iaitu pada 12 Mei 2012 di UM, 19 Mei 2012 di UPM dan 26 Mei 2012 di UPNM.

12 Mei 2012, cuaca mendung, 80 orang dari KSL UPNM telah mengembara ke UM untuk “meletupkan” suasana meriah aktiviti ini. Antaranya, UPNM hantar 50 orang menyertai kategori Men University, 3 orang menyertai kategori Women University, 4 pasukan Men Relay dan 5 pasukan Mixed Relay. Di UM, peserta diperlukan berlari 3.5km – berbasikal 11.8km – berlari 3.5km untuk menghabiskan race. Kecerunan “Bukit Cinta” di UM paling mencabar bagi semua cyclist, tetapi peserta UPNM dengan semangat kesukanan, mampu melakukannya.

Kami bertolak dari kampus pada pukul 0700H, semangat sukan para atlet yang tinggi telah menjadi inspirasi untuk berjuang pada waktu pagi, hidup UPNM!!! Dengan 4 biji 3tan dan 1 biji bas untuk muatkan semua peserta dan basikal, akhirnya pun sampai di UM. Sesampainya di sana, para atlet memanaskan badan dan sesuaikan diri di tempat tersebut supaya dalam keadaan terbaik semasa berlari. 0900H, FLAG-OFF untuk semua kategori. Ramai jurugambar sepanjang jalan larian untuk menangkap gambar peserta yang paling “stylo” untuk buat kenangan. Jasa para jurugambar selalu dihargai.

 ~ Gambar podium top 5 ~
No.1: Lim Shimri mencatat masa 0:48:40;
No.2: Muhammad Tarmizizulfika Ismail mencatat masa 0:49:38;
No.3: Mohd Aiman Mohd Halim mencatat masa 0:51:46;
No.4: Chan Jun Shen: 0:52:01.

Dengan bangganya, dalam kategori Men University, top 4 terdiri daripada ahli KSL UPNM, dan munculnya “new star” – Lim Shimri muncul sebagai juara dalam kategori ini, manakala bagi kategori Women University, Teh Yong Le mendapat tempat no.2 dengan masa 1:11:59, Norkhalilah Abu Khalil mendapat no.4 dengan mencatat masa 1:21:23. Seterusnya, dengan gempaknya, UPNM sapu bersih top 3 dalam kategori Men Relay dan Mixed Relay. Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang menyumbang kepada UPNM, keputusan amat memuaskan. Akhirnya, ribuan terima kasih diucapkan kepada semua peserta atas kerjasama semua.

~ Women University ~

~ Men Relay ~

~ Mixed Relay ~

~ Pada 17 Mei 2012, berita UPNM dalm suratkhabar THE STAR ~

Untuk mendapatkan lebih benyak info, boleh melayari laman web [ MUDS 2012 ].
Untuk melihat lebh banyak gambar, boleh melayari
Untuk berhubung dengan Kelab Sukan Lasak UPNM, boleh cari melalui [ FB KSL UPNM ].

Tuesday, March 27, 2012

NEWTON RUN 2012

01 Januari 2012 merupakan titik permulaan bagi kelab sukan lasak UPNM memulakan langkah pertama menyertai acara Newton Run 2012 sebagai acara pertama  bagi tahun 2012 . Newton Run 2012 merupakan salah satu acara kegemaran bagi semua ahli kelab sukan lasak UPNM kerana acara ini betul-betul memberi manfaat dari segi ketahanan mental dan fizikal terutamanya dari segi larian jarak jauh.




Bandar Kinrara merupakan lokasi bagi acara ini dan kami memulakan langkah perjalan seawal jam 0400 diiringi dengan sekeping doa untuk manfaat bersama. Redha dari Ilahi amatlah kami harapkan dalam apa jua pertandingan yang kami sertai . Seramai 34 orang ahli kelab sukan lasak telah mengambil bahagian pada pagi tersebut dan tidak kurang hebatnya jugak ahli kelab sukan lasak wanita turut menyahut cabaran pada kali ini.




Pada pagi yang penuh rahmat itu , kami memulakan langkah memanaskan badan secara berkumpulan demi menaikkan semangat antara ahli kelab yang datang bertanding. Selain itu juga, kami mengalas perot memakan roti sebelom memulakan larian. Tepat jam 0500 semua peserta yang terlibat bagi kategori larian 25km lelaki terbuka dilepaskan dahulu dan diikuti pula dengan larian 12km .Namun begitu, itu bukanlah salah satu alasan untuk tidak menunaikan solat subuh , malah kami mengambil peluang untuk berhenti seketika demi menunaikan kewajipan sebagai umat islam walaupon acara sedang berlangsung. Tidak kurang hebat juga, ramai peserta yang mengambil bahagian terdiri daripada pelbagai kaum sekaligus berjaya memenuhi hasrat perdana menteri Malaysia iaitu 1MALAYSIA .




Kejayaan demi kejayaan terus dirangkul. Sekalung tahniah di ucapkan buat Pegawai Kadet Chan Jun Shen yang telah berjaya mengharumkan nama Kelab Sukan Lasak UPNM apabila berjaya memengani tempat ke-7 daripada 523 peserta. Selain itu juga, Pegawai Kadet Mohd Aiman bin Halim yang turut mempamerkan aksi cemerlang apabila turut menduduki tempat ke-20  terbaik dengan menduduki tempat ke-15 yang diikuti pula Pegawai Kadet Mohamad Hudha Bin Mortador dengan kedudukan ke-20. Ketiga-tiga peserta tersebut telah membuktikan kekuatan mereka bagi acara larian 25km dan ahli kelab yang lain turut memberi saingan yang sengit pada hari kejohanan tersebut dengan kedudukan 80 teratas. Namun bagi kategori 12km pula, Pegawai Kadet Mohamad Suhaimi Bin Shukor telah mencatatkan keputusan yang cemerlang apabila berjaya menduduki tempat ke-5 sekaligus berjaya dinobatkan sebagai 5 atlit terbaik bagi kategori 12km dan salah seorang ahli kelab sukan lasak wanita iaitu Teh Yong Le yang turut memberi saingan pada acara larian 12km .





Tepat jam 1200 semua peserta berjaya menamatkan larian dengan jayanya. Sepanjang acara berlangsung, banyak ilmu yang dipelajari untuk dikongsikan bersama kepada semua ahli kelab yang lain . Selain itu juga, pihak penganjur tidak ketinggalan memberi cenderahati beserta sijil kepada peserta yang telah berjaya menamatkan larian sekaligus dinobatkan sebagai FINISHER untuk setiap kategori yang dipertandingkan. Kami juga turut berpuas hati malah bersyukur kerana acara sebegini mampu memberi manfaat kepada semua. Sebelom bergerak pulang, kami juga tidak ketinggalan untuk bergambar di mana terdapat ramai jurugambar di sepanjang jalan ketika beraksi. Kami juga turut makan tengahari bersama-sama sebelom pulang ke UPNM dimana objektif nya adalah untuk mengeratkan hubungan dalam kalangan ahli kelab yang sentiasa diamalkan sejak azali lagi sebaik sahaja selesai sesuatu acara yang dipertandingkan.





Sekali lagi, sekalung tahniah diucapkan kepada semua peserta yang menyertai NEWTON RUN 2012 dan terima kasih diucapkan atas kerjasama yang diberikan. Harapan kami semoga acara sebegini mampu memberi manfaat kepada semua untuk dikongsikan bersama. tahniah semua . 




Saturday, March 17, 2012

Brooks Half Marathon 2012

11 March 2012, suhu 28°C dan cuaca mendung pada hari tersebut, 30 orang dari Kelab Sukan Lasak UPNM telah mengembara ke Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur untuk menyertai Brooks Half Marathon 2012. Antara peserta, 3 orang bertanding dalam kategori 10km Mens Open, 2 orang bertanding dalam 10km Women Open dan paling gempak sekali adalah seramai 25 orang yang menerima cabaran dalam 21km Mens Open.

Kami bertolak dari kampus pada pukul 0400H, semangat sukan para atlet  yang tinggi telah menjadi inspirasi untuk berjuang pada waktu pagi, hidup UPNM!!! Sesampainya di stadium, para atlet memanaskan badan dan sesuaikan diri di tempat tersebut supaya dalam keadaan terbaik semasa berlari. 0530H, masa FLAG-OFF untuk kategori 21km, manakala 10km FLAG-OFF pada pukul 0615H. Ramai jurugambar sepanjang jalan larian untuk menangkap gambar peserta yang paling “stylo” untuk buat kenangan. Jasa para jurugambar selalu dihargai. Dengan bangganya, antara kontigen UPNM, Mohamad Suhaime Shukor telah merangkul tempat ke- 7  dan diikuti Mohamad Hudha b. Mohd Mortador mendapat tempat ke – 9 dalam kategori 10km Mens Open dengan mencatat masa 0:43:04 dan 0:44:18
Mohamad Suhaime Shukor 
 Mohamad Hudha b. Mohd Mortador
Chan Jun Shen pula mencatat masa 1:30:41 dalam 21km, mendapat ranking 7. Peserta lain turut mendapat keputusan yang agak memuaskan, Tahniah diucapkan kepada para peserta event ini.

Setiap peserta 10km mendapat finishing medal manakala peserta 21km mendapat finishing medal dan juga “mystery gift” dari pihak penganjur di garisan penamat. 
Selepas event, pihak penganjur dengan besar hatinya menyediakan roti, tau foo fa, tembikai dan kacang merah untuk semua peserta sebagai breakfast. Selain itu, minuman milo dan 100plus juga dibekalkan kepada para peserta. Ribuan terima kasih diucapkan kepada peserta-peserta atas kerjasama semua.

Sunday, March 11, 2012

Sukan Pantai MASUM 2011









1 Disember 2011, 22 orang ahli kelab sukan lasak UPNM telah mengembara ke negeri minangkabau, Negeri Sembilan untuk menyahut seruan KPT untuk menyertai Karnival Sukan Pantai MASUM 2011 untuk menyertai acara larian pantai. Larian yang sejauh 8 km menyusuri Pantai Bagan Pinang, Port Dickson sungguh memberi cabaran yang besar kepada paserta untuk mengharunginya disebabkan para peserta dikehendaki menyusuri tanah berpasir yang menyukarkan pergerakan dan membuatkan larian menjadi 3 kali ganda atau mungkin 5 kali ganda lebih payah berbanding apabila larian di trek yang lain.

Para peserta disediakann penginapan di Politeknik Port Dickson, Port Dickson, Negeri Sembilan. Acara   peringkat pertama bermula pada 3hb disember 2011, sabtu, semua pasukan UPNM berjaya melepasi peringkat pertama dengan baik. Peringkat akhir pula diadakan pada keesokan harinya, dan skali lagi pasukan UPNM berjaya mendapat ranking yang baik.

Wednesday, February 29, 2012

Powerman Malaysia 2011

13 November 2011, 17 ahli Kelab Sukan Lasak UPNM telah mengembara ke Seri Manjung, Perak untuk menyertai Powerman. 10 orang bertanding dalam kategori long distance(lari 11km, basikal 64km, lari 10km) , 2 pasukan untuk Men's Relay dan peserta tunggal yang masuk kategori Sprint (kategori kanak-kanak)
Kami menginap di Wisma Bintara, Pengkalan TLDM, Lumut selama 2 hari 1 malam. Event kali ini tidak menyediakan carbo loading seperti mana-mana event besar seperti PD Triathlon. Ditemani YO(young oficer) dan juga merupakan senior kelab kami , mengayuh keluar daripada kem untuk carbo loading di pekan Lumut. Bak kata orang lama, menyelam sambil minum air. Selepas bersantap, kami semua meronda-ronda di kawasan sekitar. Kalau ikut hati, nak ronda lama-lama, tapi keesokan harinya adalah THE DAY. Jadi, kenalah rehat secukupnya untuk race dengan kuat pada hari esok. 


14 November 2011, THE DAY yang dimaksud telah menjelma. Long distance dilepaskan awal, pukul 7.30 pagi, sprint dilepaskan pada 8.00 pagi. Relay dilepaskan bersama-sama dengan long distance. Dengan bangganya, MUHAMMAD AMIRUL HAFIZ BIN AMAN telah merangkul tempat ke-6 diikuti CHAN JUN SHEN tempat ke-10. Namun, MOHAMAD HUDHA BIN MOHD MORTADOR telah disqualified. Mungkin kena penalti semasa berbasikal, kerana disiplin berbasikal, tidak boleh drafting peserta lain. Bagi pasukan relay, UPNM A telah menduduki tempat ke-2. Segala keputusan rasmi, disini.


Bagi peserta baru yang menyertai event ini, merupakan pengalaman yang berharga kerana jarak setiap disiplin lebih jauh berbanding MUDs. Itulah keistimewaan Powerman Malaysia, long distance duathlon. Mudah-mudahan Powerman Malaysia 2012 dapat kami sertai.