WARRIORS
CHALLENGE 2016
10 DISEMBER 2016, SABTU – “WARRIORS CHALLENGE 2016”
event yang pertama kalinya diadakan di Universiti Pertahanan Nasional
Malaysia(UPNM) anjuran Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia dirasmikan
oleh Timbalan Menteri Pertahanan, YB Datuk Abdul Rahman Bakri. Tujuan event ini
diadakan adalah untuk mengutip dana bagi tabung veteran Angkatan Tentera
Malaysia(ATM) dan menghargai jasa pejuang tanah air kita pada zaman dahulu.
Event ini juga mendapat sambutan yang hangat daripada
orang awam dan tidak terkecuali juga anggota Angkatan Tentera Malaysia itu
sendiri. Seramai 500+ orang peserta telah mendaftar untuk menyertai event ini.
Selain itu, event ini juga dapat memberi pendedahan kepada orang awam bagaimana
latihan ketenteraan yang diharungi oleh tentera Malaysia yang mencabar fizikal
dan mental seseorang.
Antara
VIP yang hadir untuk Warriors Challenge 2016
Sebelum event dimulakan,setiap peserta bersama-sama
memanaskan badan dengan aktiviti Senamrobik dan seterusnya persembahan tarian
perang(Wardance) oleh pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia. Setiap
peserta menunjukkan komitmen dan semangat yang tinggi semasa aktiviti
senamrobik dijalankan.
Aktiviti
Senamrobik
Wardance
UPNM
Disiplin
yang diharungi oleh peserta
Antara disiplin yang perlu ditempuhi oleh peserta
ialah yang pertama meraka harus merempuh halangan yang mencabar fizikal
peserta. Setiap peserta harus melepasi sebanyak 14 halangan seperti tembok 6
kaki, stepping stones dan banyak lagi. Walau bagaimanapun, tidak semua halangan
dibuka pada event kali ini atas sebab keselamatan yang tidak dapat dielakkan.
Seterusnya, setiap peserta perlu berlari sejauh 4 km melepasi hutan dan bukit
yang curam untuk menamatkan disiplin kedua mereka.
Bagi disiplin yang terakhir, setiap peserta boleh
memilih samada ingin mengangkat kayu balak atau tong peluru dan berlari sejauh
1.5km satu pusingan UPNM untuk digelar sebagai seorang salah seorang ‘finisher’
bagi Warriors Challenge 2016.
Beberapa
minit sebelum flag off
Para
peserta bertungkus lumus melepasi disiplin kedua
Disiplin
ketiga
Ahli Kelab Sukan Lasak UPNM juga tidak melepaskan
peluang untuk menyertai event ini. Masing-masing telah menunjukkan komitmen dan
semangat daya saing yang tinggi dalam menamatkan event ini. Mereka juga banyak
membantu dengan memberi semangat kepada peserta-peserta lain semasa event ini
berlangsung. Syabas KSL UPNM!
Ahli
Kelab Sukan Lasak UPNM
Alhamdulillah, semua peserta selamat sampai ke
garisan penamat tanpa sebarang kecederaan dan berjaya digelar seorang
‘Finisher’ Warriors Challenge 2016. Wajah kegembiraan dan lega jelas
ditunjukkan oleh setiap peserta selepas melepasi garisan penamat. Berikut
adalah gambar yang sempat diambil semasa event berlangsung:
Finisher
Medal