online

Thursday, December 1, 2016

DOUBLE TROUBLE XTRAIL DUATHLON - 27 JUL 2016


27 JULAI 2016-Kelab Sukan Lasak telah menghantar wakil bagi menyertai DOUBLE TROUBLE XTRAIL DUATHLON 2016 di Hutan Lipur Sungai Menyala, Port Dickson. Hanya seramai 6 orang ahli KSL ini bertanding dalam kejohanan ini yang melibatkan 2 aspek penting iaitu larian(5km)-berbasikal offroad (30km)-larian(5km). 

Kejohanan ini merupakan kejohanan tahunan Negeri Sembilan yang turut disertai oleh peserta dari atlet luar negara seperti New Zealand, Indonesia, Iran dan Perancis. Peserta KSL mendapat saingan daripada peserta dari luar negara, kelab sukan lasak ATM, UiTM Seremban dan banyak lagi.


setelah mengambil racekit dan mendengar taklimat kejohanan





Nur Camilia (ksl'16) memulakan pertukaran dengan rakan sepasukannya, Muhammad Izzat (ksl'13) bagi kategori Team Mixed



Alhamdulillah, UPNM telah membawa beberapa kejayaan dalam kejohanan tersebut. ALUMNI UPNM turut menyertai kejohanan ini bersama dengan peserta UPNM iaitu LT Muhammad Firdaus (intake 2008, 51RAD) dan LT MUDA Zulshafiq (intake 2011, TUDM SUBANG).

 Keputusan kejohanan yang sangat memuaskan bagi peserta KSL dan alumni-alumni KSL yang diperolehi oleh mereka.










TEAM MEN
3RD- MUHAMMAD SYAFIQ BIN RUSLI (KASTURI) DAN AHMAD HANIF BIN NAZRI (JEBAT)




MEN OPEN
7TH- MUHAMMAD ANAS BIN AZMI


No comments:

Post a Comment