online

Monday, December 19, 2016

REMBAU CHALLENGE 2016



WE'RE BACK

23  OKTOBER 2016, AHAD - Keseronokan Rembau Challenge 2016 telah kembali semula. Namun kekecewaan beberapa atlit Kelab Sukan Lasak (KSL) yang telah bersedia dengan menjalani latihan selama 2 bulan sebelum serta tidak sabar untuk merasai kesusahan dalam Rembau Challenge ini terpaksa dibuai mimpi setelah tidak mendapatkan kelulusan pihak pentadbiran UPNM pada saat-saat akhir untuk menyertai Rembau Challenge kali ini atas alasan-alasan tertentu.

Walaubagaimanapun, dengan semangat setiakawan dan kerjasama yang ada dalam diri setiap atlit KSL ini, kami menghantar pengganti kami (bidan terjun) dari kalangan atlit KSL kami yang sedang menjalani Latihan Industri di luar bagi memenuhi penyertaan yang telah berdaftar. Seramai 2 individu dan 4 pasukan dari KSL (sebagai bidan terjun) telah menyertai Rembau Challenge 2016 tersebut dengan hati yang kental.

wajah kegembiraan atlit-atlit KSL awal pagi




Pada 25 Oktober 2016, kami telah mengambil semua racekit atlit KSL yang berdaftar serta terus menghadiri taklimat kejohanan itu pada lewat petang hari yang sama. Kami melihat dan menemui ramai peserta dari UiTM, Navy dan Kelab Sukan Lasak ATM yang juga menyertai kejohanan ini. Selepas itu, kami terus balik semula ke homestay bagi merehatkan diri sebelum hari sebenar kejohanan, keesokkannya (AHAD)

Ketika kejohanan, ada 1 pasukan KSL yang agak kecelaruan kerana kurang faham dengan konsep kejohanan apabila salah faham dengan disiplin Biathlon (selepas lari 2KM awal) dan ada 1 peserta KSL kategori individu yang terikut-ikut laluan bagi kategori pasukan, terpaksa patah balik dan mengejar semule peserta lain yang dihadapan.

Kesungguhan & Semangat membara ketika race




ALHAMDULILLAH, kesemua peserta dari KSL dapat menghabiskan Rembau Challenge dengan selamat dan penuh kegembiraan. Tanpa disangka / tanpa diduga, Mustika Ayuni (In'16 KSL) telah menjuarai Kategori Open Individual Women dan Overall Individual Women serta Ahmad Hanif (In'13 KSL) telah memperolehi no.7 Kategori Open Individual Men.







447 / 453 / 442 / 443
KSL 


No comments:

Post a Comment