online

Friday, December 23, 2016

WARRIOR CHALLENGE 2016


WARRIORS CHALLENGE 2016

10 DISEMBER 2016, SABTU – “WARRIORS CHALLENGE 2016” event yang pertama kalinya diadakan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia(UPNM) anjuran Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pertahanan, YB Datuk Abdul Rahman Bakri. Tujuan event ini diadakan adalah untuk mengutip dana bagi tabung veteran Angkatan Tentera Malaysia(ATM) dan menghargai jasa pejuang tanah air kita pada zaman dahulu.
Event ini juga mendapat sambutan yang hangat daripada orang awam dan tidak terkecuali juga anggota Angkatan Tentera Malaysia itu sendiri. Seramai 500+ orang peserta telah mendaftar untuk menyertai event ini. Selain itu, event ini juga dapat memberi pendedahan kepada orang awam bagaimana latihan ketenteraan yang diharungi oleh tentera Malaysia yang mencabar fizikal dan mental seseorang.



Antara VIP yang hadir untuk Warriors Challenge 2016

Sebelum event dimulakan,setiap peserta bersama-sama memanaskan badan dengan aktiviti Senamrobik dan seterusnya persembahan tarian perang(Wardance) oleh pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia. Setiap peserta menunjukkan komitmen dan semangat yang tinggi semasa aktiviti senamrobik dijalankan.
Aktiviti Senamrobik
Wardance UPNM





Disiplin yang diharungi oleh peserta

Antara disiplin yang perlu ditempuhi oleh peserta ialah yang pertama meraka harus merempuh halangan yang mencabar fizikal peserta. Setiap peserta harus melepasi sebanyak 14 halangan seperti tembok 6 kaki, stepping stones dan banyak lagi. Walau bagaimanapun, tidak semua halangan dibuka pada event kali ini atas sebab keselamatan yang tidak dapat dielakkan. Seterusnya, setiap peserta perlu berlari sejauh 4 km melepasi hutan dan bukit yang curam untuk menamatkan disiplin kedua mereka.
Bagi disiplin yang terakhir, setiap peserta boleh memilih samada ingin mengangkat kayu balak atau tong peluru dan berlari sejauh 1.5km satu pusingan UPNM untuk digelar sebagai seorang salah seorang ‘finisher’ bagi Warriors Challenge 2016.

Beberapa minit sebelum flag off



Para peserta bertungkus lumus melepasi disiplin kedua

Disiplin ketiga

Ahli Kelab Sukan Lasak UPNM juga tidak melepaskan peluang untuk menyertai event ini. Masing-masing telah menunjukkan komitmen dan semangat daya saing yang tinggi dalam menamatkan event ini. Mereka juga banyak membantu dengan memberi semangat kepada peserta-peserta lain semasa event ini berlangsung. Syabas KSL UPNM!




Ahli Kelab Sukan Lasak UPNM

Alhamdulillah, semua peserta selamat sampai ke garisan penamat tanpa sebarang kecederaan dan berjaya digelar seorang ‘Finisher’ Warriors Challenge 2016. Wajah kegembiraan dan lega jelas ditunjukkan oleh setiap peserta selepas melepasi garisan penamat. Berikut adalah gambar yang sempat diambil semasa event berlangsung:

Finisher Medal





No comments:

Post a Comment