online

Thursday, December 15, 2016

MALAYSIA ARMED FORCESTRIATHLON 2016






26 NOVEMBER 2016,SABTU- Angkatan Tentera Malaysia telah menganjurkan Tanjung Bidara Malaysian Armed Forces Triathlon 2016 di Pantai Tanjung Bidara, Melaka dengan kerjasama Malaysia Triathlon. ATM telah membuka kategori Terbuka kepada orang luar yang ingin menyertai selain daripada kategori Terbuka Antara Perkhidmatan ATM, Tertutup Tentera Darat, Tertutup 21 GGK dan Wanita Tertutup ATM.

Kejohanan ini diadakan buat kali pertama pada 2016 dengan jarak olimpik triathlon iaitu 1.5KM berenang, 40KM berbasikal dan 10KM berlari disekitar Pantai Tanjung Bidara, Melaka. Sehubungan dengan itu, pihak Akademik Latihan Ketenteraan (ALK) mendapat jemputan oleh pihak penganjur bagi menghantar wakil dari Kelab Sukan Lasak (KSL) bagi menyertai kejohanan ini.

Pihak ALK bersetuju untuk menghantar seramai 8 orang peserta dari KSL bagi mengwakili ALK ke kejohanan tersebut. Semua peserta yang terpilih adalah antara atlit berpotensi dan berbakat yang ada dalam kalangan atlit KSL.


Keputusan yang diperoleh oleh peserta-peserta KSL sangat memuaskan dan dapat mengharumkan nama baik ALK dan KSL di persada ATM.

Lelaki Terbuka
Tempat ke-5
      PKDT AZMI BIN MAKHTAR (In'14 Kasturi)
Tempat ke-7
      PKDT MUBIN MUSTAZA (In'14 Tuah)


warm up sebelum acara bermula

atlit KSL bersama dengan ALUMNI KSL yang turut hadir


bersama dengan Lt M Amirul Asyraf (Alumni In'11)

happy ... happy ... happy

bersama dengan jurulatih-jurulatih ALK dan ATM

No comments:

Post a Comment