online

Friday, December 23, 2016

WARRIOR CHALLENGE 2016


WARRIORS CHALLENGE 2016

10 DISEMBER 2016, SABTU – “WARRIORS CHALLENGE 2016” event yang pertama kalinya diadakan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia(UPNM) anjuran Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pertahanan, YB Datuk Abdul Rahman Bakri. Tujuan event ini diadakan adalah untuk mengutip dana bagi tabung veteran Angkatan Tentera Malaysia(ATM) dan menghargai jasa pejuang tanah air kita pada zaman dahulu.
Event ini juga mendapat sambutan yang hangat daripada orang awam dan tidak terkecuali juga anggota Angkatan Tentera Malaysia itu sendiri. Seramai 500+ orang peserta telah mendaftar untuk menyertai event ini. Selain itu, event ini juga dapat memberi pendedahan kepada orang awam bagaimana latihan ketenteraan yang diharungi oleh tentera Malaysia yang mencabar fizikal dan mental seseorang.



Antara VIP yang hadir untuk Warriors Challenge 2016

Sebelum event dimulakan,setiap peserta bersama-sama memanaskan badan dengan aktiviti Senamrobik dan seterusnya persembahan tarian perang(Wardance) oleh pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia. Setiap peserta menunjukkan komitmen dan semangat yang tinggi semasa aktiviti senamrobik dijalankan.
Aktiviti Senamrobik
Wardance UPNM





Disiplin yang diharungi oleh peserta

Antara disiplin yang perlu ditempuhi oleh peserta ialah yang pertama meraka harus merempuh halangan yang mencabar fizikal peserta. Setiap peserta harus melepasi sebanyak 14 halangan seperti tembok 6 kaki, stepping stones dan banyak lagi. Walau bagaimanapun, tidak semua halangan dibuka pada event kali ini atas sebab keselamatan yang tidak dapat dielakkan. Seterusnya, setiap peserta perlu berlari sejauh 4 km melepasi hutan dan bukit yang curam untuk menamatkan disiplin kedua mereka.
Bagi disiplin yang terakhir, setiap peserta boleh memilih samada ingin mengangkat kayu balak atau tong peluru dan berlari sejauh 1.5km satu pusingan UPNM untuk digelar sebagai seorang salah seorang ‘finisher’ bagi Warriors Challenge 2016.

Beberapa minit sebelum flag off



Para peserta bertungkus lumus melepasi disiplin kedua

Disiplin ketiga

Ahli Kelab Sukan Lasak UPNM juga tidak melepaskan peluang untuk menyertai event ini. Masing-masing telah menunjukkan komitmen dan semangat daya saing yang tinggi dalam menamatkan event ini. Mereka juga banyak membantu dengan memberi semangat kepada peserta-peserta lain semasa event ini berlangsung. Syabas KSL UPNM!




Ahli Kelab Sukan Lasak UPNM

Alhamdulillah, semua peserta selamat sampai ke garisan penamat tanpa sebarang kecederaan dan berjaya digelar seorang ‘Finisher’ Warriors Challenge 2016. Wajah kegembiraan dan lega jelas ditunjukkan oleh setiap peserta selepas melepasi garisan penamat. Berikut adalah gambar yang sempat diambil semasa event berlangsung:

Finisher Medal





Monday, December 19, 2016

REMBAU CHALLENGE 2016



WE'RE BACK

23  OKTOBER 2016, AHAD - Keseronokan Rembau Challenge 2016 telah kembali semula. Namun kekecewaan beberapa atlit Kelab Sukan Lasak (KSL) yang telah bersedia dengan menjalani latihan selama 2 bulan sebelum serta tidak sabar untuk merasai kesusahan dalam Rembau Challenge ini terpaksa dibuai mimpi setelah tidak mendapatkan kelulusan pihak pentadbiran UPNM pada saat-saat akhir untuk menyertai Rembau Challenge kali ini atas alasan-alasan tertentu.

Walaubagaimanapun, dengan semangat setiakawan dan kerjasama yang ada dalam diri setiap atlit KSL ini, kami menghantar pengganti kami (bidan terjun) dari kalangan atlit KSL kami yang sedang menjalani Latihan Industri di luar bagi memenuhi penyertaan yang telah berdaftar. Seramai 2 individu dan 4 pasukan dari KSL (sebagai bidan terjun) telah menyertai Rembau Challenge 2016 tersebut dengan hati yang kental.

wajah kegembiraan atlit-atlit KSL awal pagi




Pada 25 Oktober 2016, kami telah mengambil semua racekit atlit KSL yang berdaftar serta terus menghadiri taklimat kejohanan itu pada lewat petang hari yang sama. Kami melihat dan menemui ramai peserta dari UiTM, Navy dan Kelab Sukan Lasak ATM yang juga menyertai kejohanan ini. Selepas itu, kami terus balik semula ke homestay bagi merehatkan diri sebelum hari sebenar kejohanan, keesokkannya (AHAD)

Ketika kejohanan, ada 1 pasukan KSL yang agak kecelaruan kerana kurang faham dengan konsep kejohanan apabila salah faham dengan disiplin Biathlon (selepas lari 2KM awal) dan ada 1 peserta KSL kategori individu yang terikut-ikut laluan bagi kategori pasukan, terpaksa patah balik dan mengejar semule peserta lain yang dihadapan.

Kesungguhan & Semangat membara ketika race




ALHAMDULILLAH, kesemua peserta dari KSL dapat menghabiskan Rembau Challenge dengan selamat dan penuh kegembiraan. Tanpa disangka / tanpa diduga, Mustika Ayuni (In'16 KSL) telah menjuarai Kategori Open Individual Women dan Overall Individual Women serta Ahmad Hanif (In'13 KSL) telah memperolehi no.7 Kategori Open Individual Men.







447 / 453 / 442 / 443
KSL 


Thursday, December 15, 2016

MALAYSIA ARMED FORCESTRIATHLON 2016






26 NOVEMBER 2016,SABTU- Angkatan Tentera Malaysia telah menganjurkan Tanjung Bidara Malaysian Armed Forces Triathlon 2016 di Pantai Tanjung Bidara, Melaka dengan kerjasama Malaysia Triathlon. ATM telah membuka kategori Terbuka kepada orang luar yang ingin menyertai selain daripada kategori Terbuka Antara Perkhidmatan ATM, Tertutup Tentera Darat, Tertutup 21 GGK dan Wanita Tertutup ATM.

Kejohanan ini diadakan buat kali pertama pada 2016 dengan jarak olimpik triathlon iaitu 1.5KM berenang, 40KM berbasikal dan 10KM berlari disekitar Pantai Tanjung Bidara, Melaka. Sehubungan dengan itu, pihak Akademik Latihan Ketenteraan (ALK) mendapat jemputan oleh pihak penganjur bagi menghantar wakil dari Kelab Sukan Lasak (KSL) bagi menyertai kejohanan ini.

Pihak ALK bersetuju untuk menghantar seramai 8 orang peserta dari KSL bagi mengwakili ALK ke kejohanan tersebut. Semua peserta yang terpilih adalah antara atlit berpotensi dan berbakat yang ada dalam kalangan atlit KSL.


Keputusan yang diperoleh oleh peserta-peserta KSL sangat memuaskan dan dapat mengharumkan nama baik ALK dan KSL di persada ATM.

Lelaki Terbuka
Tempat ke-5
      PKDT AZMI BIN MAKHTAR (In'14 Kasturi)
Tempat ke-7
      PKDT MUBIN MUSTAZA (In'14 Tuah)


warm up sebelum acara bermula

atlit KSL bersama dengan ALUMNI KSL yang turut hadir


bersama dengan Lt M Amirul Asyraf (Alumni In'11)

happy ... happy ... happy

bersama dengan jurulatih-jurulatih ALK dan ATM

CYBERJAYA NIGHT DUATHLON 2016




27 OGOS 2016, SABTU- Cyberjaya Night Duathlon 2016 adalah kejohanan duathlon julung-julung kali di malaysia yang dianjurkan pada waktu malam. Kejohanan yang dianjurkan oleh pihak KAZ Pro Athletes dengan sokongan dan kerjasama beberapa pihak tempatan mendapat sambutan dari pelbagai pihak luar dan dalam negara, pihak universiti-universiti dan lain-lain lagi.

Kategori Institusi Pengajian Tinggi (IPT) menjadi tarikan kepada KSL untuk menyertai kejohanan ini bagi  menyasarkan semua podium yang ditawarkan. Semua peserta perlu berlari sejauh 5km pertama, berbasikal sejauh 20km dan terakhir berlari sejauh 5km.

@syafiq4245 #kslupnm 

#cyclingMalaysia

Lari 5KM pertama
- Semua  peserta KSL memulakan pesaingan yang sangat baik dengan berlari mengikut ploton paling hadapan. Suasana begitu nyaman sekali sekitar cyberjaya ini dan cuaca sangat baik dan sejuk.


larian permulaan hanya sekadar "warm up"


Basikal 20KM
- Setiap peserta melalui laluan sekitar cyberjaya juga dan terpaksa melalui kawasan yang gelap kerana kekurangan lampu jalan. Salah seorang daripada peserta KSL mengalami kemalangan ketika melalui jalan yang penuh kereta dan ketika itu tiada pasukan teknikal yang menjaga di kawasan tersbut serta kekurangan anggota pengiring keselamatan juga. Peserta yang lain dapat meneruskan sehingga  habis.














Lari 5KM terakhir
- Semua peserta akan melalui laluan yang sama seperti larian 5km pertama tadi. Namun begitu berlaku sedikit risiko berbahaya apabila laluan tersebut bertembung dengan laluan basikal. Hal ini semua peserta mengambil langkah berhati-hati dan tidak meningkatkan kelajuan ketika melalui laluan tersebut.

a few step to finishing line 



Keputusan yang telah diperolehi oleh atlet-atlet KSL sangat membanggakan dan berjaya mengharumkan nama KSL UPNM dan ALK dipertandingan ini.

MEN OPEN
·         Tempat ke-5
 MUHAMMAD SYAFIQ BIN RUSLI (In'13 kasturi)

WOMEN OPEN
·         Tempat ke-5
NURUL ATIKAH BINTI ABDUL AZIZ (In'13 Jebat)
·         Tempat ke-6
          NOR SYAHIRAH BINTI KAMAL FITRI (In'13 Jebat)

          MEN IPT
         ·         Tempat pertama
         MUHAMMAD ANAS BIN AZMI (In'13 Lekir)
         ·         Tempat ke-4
              MUHAMMAD IZZAT BIN ZAINUDDIN (In'13 Lekir)
              ·         Tempat ke-5
              MUHAMMAD SYAFIQ BIN SOFIAN (In'13 Lekir)
              ·         Tempat ke-7
              MOHAMMAD YUSRI BIN ABDULLAH (In'13 Kasturi)

              MEN RELAY
 ·         Tempat pertama
 AHMAD HANIF  BIN NAZRI (In'13 Jebat)
 MUHAMMAD AMSYARUL AMIN BIN MUSTAFAR (In'13 Jebat)
 ·         Tempat ke-3 
 MUHAMAD FIRDAUS BIN HASNAN (In'13 Jebat)
 MUHAMAD FAIRUL BIN ROSLAN (In'14 Lekir)
 ·         Tempat ke-8 
 WAN MOHAMMAD AKMAL BIN WAN ROSDE (In'14 Lekir)
            NUR SAFUAN BIN MOHAMAD (In'14 Lekir)


Lt Chan Jun Shen (alumni KSL In'07) dengan Syafiq Rusli a.k.a. Belut (In'13)



BEFORE
AFTER




Buddy Team berpisah tiada


wakil dari batalion Lekir

SEBELUM 
win in action

SELEPAS
win in reality